Friday, August 21, 2009

PUASA BIAR BETUL !

DOSA JANGAN CARI !

01 ramadan 1430, sabtu
Umat Islam patut bersatu
Berpuasa penuh syahdu
Sebulan tiap tahun tentu

Puasa tidak sekat razeki
Jalankan kerja tiap hari
Kehidupan harian lalui
Ibadah puasa kena patuhi

Kepada yang tidak puasa
Menepati kelonggaran ada
Jangan makan-minum jaja
Tidak makan cara terbuka

Makan minum boleh jaga
Umpat kata ditaburi juga
Tutur dan si dengar sama
Susut fadilat ibadah puasa

Kalian di permatang pasir
Tugas PRK sudah ditakdir
Yang kempen waras fikir
Cara umpat jangan dibazir

Dari jauh terdengar cerita
Serangan peribadi perguna
Tanam rasa benci diagenda
Konon calon BN tak kena

Ikhtibarlah Ramadan mulia
Berkempen patuti tatacara
Calon dan parti sendiri jaja
Khidmat bakal beri perkata

Sempena puasa esok mulai
Bersamalah muhasabah diri
PAS dan BN yang tandingi
Sapa menang, ikut pengundi

Para pengundi perlulah tahu
Perguna agama sejak dahulu
Hakikat untuk mengisi saku
Ala skim cepat kaya berlaku


serling
[21.08.09]
sumaat
……

UM:20.08.09:jumaat:
-”Umat Islam mula berpuasa esok”
-“Mahfuz nafi calon Pas seleweng RM600,000”
-“Pengundi tidak terpengaruh”

No comments: