TERSIRAT KITA DUNGGU ?
Fajar satu ogos berlalu
Hajat pulun ratus ribu
Kurang 10 % bersetuju
Ada 99% kaum melayu
Polis tindak mereka tahu
Strategi depa susun padu
Lawan polis nak berlaku
Hebat depa cara melulu
Kurang cerdik bangsaku
Konon PR@PTR bersatu
Semacam di perak dahulu
Salah tempat berhati batu
Sejumlah 589 orang tahan
583 orang melayu kedepan
Hanya 6 kaum lain dapatan
Bukan melayu ada wajaran
Kaun lain berbeza melayu
Risiko ditahan awas selalu
Bukan Melayu bijak pacu
Tersirat depa, kita dunggu
Pecah dan kudakan begitu
PR@PTR kolam besepadu
Umpan dakyah buat selalu
Dakyah terancang jadi isu
Salah arah ‘bodoh’ katakan
Hadi juga punya celuparan
Tak undi mereka, bodohkan
Demo anti ISA bersalahan
Sedih segelintir bangsaku
Reda ditunggang sebegitu
Kerana ketaksupan melulu
Udang sebalik mi tak tahu
Anwar dan hadi kuasa dulu
Yang rapat ditolongi selalu
Konon mereka perlu bantu
Rajinkan siasat jangan malu
Serling
[03.08.09]
Isnin
……
p/s:
UM:03.08.09:isnin:
-”ISA: Orang Melayu diperguna”
-“Anwar pengkhianat”
-“Melayu diperkuda menentang ISA”
Monday, August 3, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
“demo-demo ni kerja orang bodoh
takder kerja sengaja bikin heboh
orang berniaga semua pun kecoh
polis tak dapat cuti lagi mengeloh”
begitulah kata dilumuri nista
bila perbuatan tak kena gaya
tak ikut najib yang empunya
yang halal diharam mengerja
kesan demo sudah terbukti
lebihlah besar hasilnya berisi
sampai raja-raja fikir dua kali
orang putih pun balik negeri
yang lemah senjatanya ramai
maksud kata tentunya sampai
dari gadoh berperang bagai
biarlah kumpul aman permai
najib tak usah nak belok teraju
nak lipat kata maksud tak temu
bercakap sampai bibir pun kematu
kanun zalim apa lagi nak diampu.?
Post a Comment