Wednesday, August 26, 2009

BUAT INGATAN !

KESILAPAN BUAT PAYAH !

Kepada Pas ucapan tahniah
Kepada BN ucapan takziah
Yang tewas cari sebab kalah
Yang menang pasti rasa gah

Sebegitu adat pertandingan
Tangan pengundi gerangan
Statusquo DUN berkekalan
ADUN solo Pas keriangan

Menonton berita TV awani
Penganalisis USM ditanyai
Dakwa ‘aura anwar’ sinari
Hebat si anwar mewayangi

Permatang pasir isyaratkan
Salah atau betul ketepikan
Tujuan mahu mengalahkan
Fatwa ‘syurga’ momokkan

Ketika Pas susut 1386 undi
BN menyusut 504 pengundi
Sebegitu pukulan demokrasi
Apakah terjadi PU 13 nanti

Petugas UMNO@BN ikhlas
Selesai amanah yang digalas
Puteri, pemuda yakin cergas
Tiada maaf bagi yang culas

Buat ingatan masa hadapan
Strategi lawan kemenangan
Aturan SPR enggan akurkan
Kuatkuasaan mesti kemaskan

UMNO@BN wajib muhasabah
Kesilapan sendiri buat payah
Buatkan kempen Pas mudah
Di kubu sendiri masih gagah

serling
[27.08.09]
khamis
…..
p/s:
UM:26.08.09:Rabu:
-“Pas kekal kedudukan kerusi di Permatang Pasir”
-“Ada faktor sumbang kekalahan”
-“Barisan Nasional tidak patah semangat”

No comments: