NGAPA CABAR ?
Memalukan , gelagat mereka
Pada Sultan berbuat derhaka
Dulu di Perak , pakatan durja
Terkini pindah selangor pula
Sanggup baring di jalanraya
Penyokong setia, waras tiada
Pakatan di Perak gugur kuasa
Bila empat ADUNnya terjaga
Mereka heboh seluruh negara
Didakwa BN merampas kuasa
Susutan ADUN Pakatan punca
Majoriti ADUN BN realitinya
Akhirnya ke mahkamah dakwa
Tindakan pakatan tidak berjaya
Tegak BN Perak layar bahtera
Gaya Pakatan bagai gila kuasa
Penyokong tegar pakatan caya
Sultan Perak tidaklah bijaksana
Pengalaman ketua hakim negara
Yakinkan kita, Sultan bijaksana
DAP, Pas dan PKR sama setia
MB selangor, milik PKR punya
Dalaman PKR terlanda gelora
Gembur isu lantik SUK sengaja
Kuasa politik PKR, MB tiada
Suatu yang pelik dan luar biasa
Kepada khalid, anwar waspada
Kepada Azmin, dia amat caya
Ruang yang khalid tunggu tiba
Sokongan DAP amat dijangka
Tanpa DAP, MB khalid bahaya
Tsunami PRU12 terusan landa
Gaya khalid keruhkan perkara
Semacam skrip telah direncana
Undang-undang tubuh tak peka
Kuasa Sultan sengaja persenda
Bagaikan Khalid, DAP perkuda
Talian hayat buat terus berkuasa
Sekurangnya hingga PRU13 ada
Rakyat Selangor diporakperanda
Sultan dan MB wajar pisah tiada
Gaya khalid cemari imej baginda
Juga komen ADUN sungai muda
Demikian Melayu bila gila kuasa
Jika benar khalid itu berwibawa
Sifat MB menghadaplah baginda
Komen hina baginda usah suara
Amat derhaka serang salur media
Pilihan pada tangan khalid sahaja
Tidak lambat perbetulkan perkara
Kepada sultan menghadap segera
Elakkan baginda duka dan murka
Penantian PRU 13 pastinya tiba
Peringatan buat pengundi semua
Anggota Pakatan kena waspada
Caragaya mereka susahkan kita
serling
[02.01.2011]
ahad
…..
MM:02.01.2010:ahad
“Jangan cabar kuasa Sultan”
Sunday, January 2, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Salam tuan,
mohon dilinkkan blog Pahang-ku ~ http://pahang-ku.blogspot.com
Pengkhianat bangsa ni memang sanggup nak jual bangsa sendiri pada kafir.
Dajal punya MB Selangor, si Khalid Gagap.
Post a Comment