UBAH NADA KINI ?
Antara lidah dan gigi
Hal yang pelek terjadi
Bagai lembut gigi kini
Begitu Anwar beraksi
Uarkan pelan 100 hari
Dengan angkuh laungi
Pada najib, beliau tujui
Ingin berdebat dihajati
Buang masa jika layani
Tegas najib jadi reaksi
Muslihat anwar dikesani
Gagal perangkap fungsi
Tetiba khairy tawar diri
Selaku KP konon bakti
Tapak najib ingin ganti
Anwar tolak angkuh aksi
Jika terima khairy ganti
Dengan ciri liabiliti parti
Takut sebalik akan jadi
Pada anwar akan diikuti
Kurang seminggu lalui
Konon majlis parti akui
Hanya najib wakili diri
Status perdana menteri
Dari alor setar maklumi
Dengan najib berdiskusi
Tak pernah debat ingini
Putaran anwar 360 digri
Adakah najib, dia geruni
Secara tegas najib zahiri
Banyak rahsia diketahui
Atas sifat PM memiliki
Ada orang demam nanti
Terlodeh hal sembunyi
Amaran najib menzahiri
Ketika di labis kunjungi
Syabas najib aksi berani
Di negeri bondanya uari
Begitulah pejuang sejati
Kecek anwar usah akuri
Kata pakatan sebelum ini
Pada anwar, najib geruni
Ajak debat, takut hadapi
Jelas anwar menikus kini
PRK di Tenang hampiri
Tanggal 30 januari saksi
Wajar BN naik majoriti
Tanda najib rakyat restui
serling
[19.01.11]
rabu
…..
p/s:
-BERNAMA.COM
18 Januari, 2011 16:23 PM:selasa
“Jangan Cabar Berdebat, Nanti Demam, Kata Najib Kepada Anwar”
-BHOnline:2011/01/19:rabu:
“Saya tidak ajak PM berdebat, hanya berbincang: Anwar”
-UM: 13/01/2011 7:51pm:khamis:
“Anwar tetap mahu berdebat dengan Perdana Menteri”
Wednesday, January 19, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment