Sunday, January 30, 2011

ISYARAT ?

BULAN MENDUNG ?

Para Pengundi putus kata
Kepada BN majoriti selesa
Buatkan Pas tambah seksa
Usaha pakatan gagal nyata

PKR, DAP dan Pas serupa
Pada rakyat bernada serupa
Dakwa rakyat sokong depa
Lepas PRU13 milik mereka

Konon angin perubahan ada
Kepada BN, rakyat tak suka
Pakatan tunggu saat ketika
Cakap besar penyedap rasa

Terkini PRK Tenang jumpa
Menang BN telah dijangka
Hanya majoriti menjadi teka
Majoriti 3,707 akurlah kita

Untuk catatan elakkan lupa
Majoriti YB dulu 2,492 saja
Menokok 1,215 amat makna
Sokong BN dan najib nyata

Hujan dan banjir hebat duga
Bukti Johor kubu BN dikota
Walau diserang berbagai cara
'Jilat ludah' Pas ingatkan kita

Dahulu 3,875 undi Pas punya
Susut kepada 2,992 kini pula
Tentu banyak alasan Pas jaja
Kesan cakap dan bikin beza

Syabas Azahar, anda berjaya
Takziah Normala berani cuba
Muhasabah diri terbaik jaga
Tentuan Allah usah persenda

Jika berkempen terlepas kata
Perpaduan rakyat taut semula
Amalan demokrasi dipelihara
Barulah kita tak sakit kepala

serling
[31.01.11]
isnin.
p/s:
-BERNAMA.COM:30.01.11;22:41PM
“BN Kekalkan Kerusi DUN Tenang Dengan Majoriti Bertambah”
-keputusan PRK [ PRU12 ]
Calon BN - 6,669 undi [ 6,367 undi ]
calon Pas- 2,992 UNDI [ 3,875 UNDI ]
Majoriti - 3,707 undi [ 2,492 undi ]
undi rosak: 142 undi [ 427 undi ]
peratus undi: 67 % [ 73.52 % ]

No comments: