MENANTI REALITI ?
Puisi yang kedua tahun ini
Dikongsi rasa sematan hati
Positif dan negatif disekali
Wajib kita muhasabah diri
Kes saman anwar melaungi
Pada Saiful sengaja pameri
Tika kes liwat kedua hadapi
Tarikh 21 januari setia nanti
Gelagat Karpal singh jajai
Di Parlimen pernah zahiri
Kes liwat anwar, ada bukti
Tuah anwar dibelanya kini
Karya “Interlok” cetus aksi
Ada rakan India probokasi
Bakar karya gimik halangi
Kerna secalit isi tak serasi
Jikalau belum kiamat lagi
Tanggal 30 januari nanti
PRK DUN Tenang realiti
Calon BN lawan Pas aksi
Tak diharamkan, rais janji
Kesan ‘Blackberry’ hantui
Bijaksana pengguna cayai
Kalau mudarat elok sekati
Amokan ADUN DAP aksi
Di Pulau Pinang mewarnai
Penjual nasi kandar alami
Dakwa kata “rasis” zahiri
Pada sultan, patut MB taati
Derhaka MB selangor jajai
Setia pada pakatan dahului
Sidang DUN khusus janji
Bidang sukan tak kecuali
Cuti menang piala Suzuki
Bila misbun luah rasa hati
Selesai segera wajib lalui
Plan100 hari pakatan janji
Konvensyen mereka metri
Enak dengar, sukar realiti
Janji PRU12 rujuk dibukti
Kuasa JPJ diperluas terkini
Muka depan UM maklumi
Mudahkan JPJ beroperasi
Di semua laluan applikasi
Kes ‘Kim Quek’ 24 januari
Haramkan buku tak senangi
Di mahkamah bakal hakimi
Adakah bantahan menepati
Wajarlah hayati demokrasi
Bebas mutlak usah mimpi
Sapa berbohong kena jauhi
Penipuan 16.09.08 contohi
Sekongkol penipu hina jadi
Maksud Perpatah arab uari
Enak harum minyak wangi
Elakkan terbau habuk besi
serling
[11.01.11]
selasa
……
p/s:
UM;10.01.11:ISNIN:
“Kes saman Anwar terhadap Saiful disebut semula 25 April”
“Interlok gambaran realiti, bukan penghinaan”
“PRK Tenang: Jentera pilihan raya BN perlu terus dampingi pengundi”
“Blackberry tidak akan diharamkan – Rais”
“Abdullah kutuk tindak-tanduk Wei Aik”
“Selangor tetap adakan sidang tergempar DUN”
“Kuasa JPJ diperluas”
“24 Jan. dengar bantahan awal kes ‘Kim Quek’”
BH:10.01.11;ISNIN
“5 NGO buat laporan polis mengenai pembakaran Interlok”
“Perbezaan pendapat punca Misbun letak jawatan: Ahmad Shabery”
Monday, January 10, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment