Thursday, January 13, 2011

PERLU DEBAT ?

BEZA APA ?

Khairy menawarkan diri
Lawan si anwar diingini
Yang dulunya dikagumi
Mentornya kini sanggahi

Bukankah PM maklumi
Kerja membazir pameri
Mengulas Plan 100 hari
Janji PRU12 kantoi lagi

Penasihat pakatan begini
Bagai ketam ajar generasi
Perbetulkan anak berlari
Beza apa buatan sendiri

Dengan PKR longlai kini
Gagal kemas parti sendiri
Kepada BN serang berapi
Si anwar tutup lemah diri

Gerak Khairy buat sangsi
Apa diikut anwar menari
Biarkan anwar tari sendiri
Kes liwatnya pun menanti

Anwar tidak berpuas hati
Dengan najib, debat ingini
Ruang anwar popular diri
Lekehkan najib, dia hajati

Perangai anwar usah ikuti
Bohong 16.09.08 melakari
Hingga kini, PM tidak jadi
PM Mat Jenin, dikata hadi

Kini Umi hafilda berbunyi
Debat dengan anwar ingini
Atas apa yang beliau alami
Moga debat umi-anwar jadi

Kena ukurlah badan sendiri
Bukankah Khairy ada zahiri
Bayangkan ingin undur diri
Lepas jumpa najib, lain aksi

Sebelum undur betul realiti
Kukuhkan Pemuda termesti
Cakap besar ala anwar jauhi
Dolak dalih jangan diwarisi

Pemuda banyak celek kini
Tunggu lama-lama liabiliti
Terajui pemuda tidak serasi
Bijaksana najib masih nanti

serling
[13.01.11]
khamis
……
p/s:
UM:13.01.11:khamis:
“Khairy mahu debat dengan Anwar”
BHOnline:13.01.11:khamis:
“Saya cabar Anwar berdebat: Umi Hafilda”
UMOnline: 13/01/2011 ;7:51pm:khamis:
“Anwar tetap mahu berdebat dengan Perdana Menteri”

No comments: