Friday, January 28, 2011

JILAT LUDAH ?

MC BERKEMPEN ?

Dulu dan sekarang beza
Buatan UMNO tak kena
Rapat bukan Islam kata
Dituduh kafir oleh depa

Betul Islam Pas didakwa
Didalam ceramah merata
Orang Pas saja ke syurga
UMNO jadi bahan senda

Tapi Allah itu maha kaya
Celek minda Pas tiba-tiba
Seperti jilat ludah semula
Atau kata anwar depa caya

Dalam pakatan depa setia
PKR seumpama perantara
Hanya satu matlamat sama
BN/UMNO musuh sehala

Di PRK Tenang ulangkata
Jahiliah Nik aziz menjaja
Undi Pas dikaitkan agama
Buat tarik undi boleh saja

Lupa nik aziz satu perkara
Penyokong Pas boleh gesa
Tidak buat pemikir terbuka
Tok guru berhati-hati kata

Dalam mengejar cita-cita
Suami Normala ikut sama
Dapat MC,bekempen juga
Saranan sapakah gitu rupa

Jika tak sihat di rumah saja
Fungsi MC orang percaya
Dengan bergerak rata-rata
Salahguna MC merbahaya

Andai menanglah normala
Bolehkah normala dicaya
Suami tak mengulanginya
Tolak normala pilihannya

Pabila Pas perguna agama
Tipu dan tak ikhlas bahaya
Pada pengundi Tenang jaga
Pilih BN/UMNO betul cara

Pengundi gagah amat caya
Bukan cakap di DUN saja
Calon wanita Pas tak daya
Tanpa suami ikut bersama

Petugas BN/UMNO usaha
Dekati pengundi mesti ada
Semesti calon BN berjaya
Imej BN di Johor utuh jaga

serling
[29.01.11]
sabtu
…...
p/s:
BH;28.01.11:jumaat:
“Tak undi PAS orang jahiliah”
“Taktik kotor burukkan BN dikesan”
UM;28.01.11:jumaat:
“Maarof cuti sakit tapi berkempen”
“Rakyat Tenang kena buat pilihan tepat-Muhyiddin”

No comments: