Friday, April 9, 2010

SIAPA TEWAS ?

BN ATAU PKR PATUT MENANG ?

08.03.2008 sukar lupai
Lawan BN girang sekali
DAP,Pas dan PKR metri
P R perintah lima negeri

PRU 12 peringatkan kita
Lemah BN angkara leka
Konon PRU 11 amat jaya
Menantu liabiliti tokoknya

Selangor antara P R kuasai
Kerusi MB, PKR memiliki
Hakikat DAP jadi kemudi
Exco Pas pun mulut kunci

Isu arak mudah dan nyata
Suara Hasan ali tak dibela
Tapi suara DAP akur saja
Jelas Pas Pusat takut juga

Mungkin termakan budi
Khalid ibrahim maklumi
Anwar penasihat ekonomi
Muslihat kukuhkan parti

BN lawan PKR ternyata
P94 dulu PKR wakilnya
Majoriti 198 undi sahaja
1,466 undi rosak kenapa

Khir toyo dalam blog uari
Wajar BN, MIC mewakili
Tika UMNO ingin digiliri
Atas setiakawan persetujui

Lihat gerak anwar peraga
Calon melayu pilihannya
Statusquo alasan perguna
Ahli UMNO boleh digoda

N5, N6 dan N7 rangkumi
2 UMNO, 1 MCA wakili
Tapi MP P94 PKR kuasai
Tuah allahyarhamkah ini

1 Malaysia, najib bersuara
Kasihkan BN mula merata
Anti BN tegar pasti terasa
Atas pagar bukan miliknya

Arus perdana bagai halangi
1 Malaysia tiru Israel dijajai
Isu APCO juga anwar lagui
Hingga bila anwar bohongi

Sekarang BN kenalah peka
P94 wajib dirampas semula
Tiga DUN telah BN punya
Pastikan P94 bagi BN jaga

PKR tidak mahu serah diri
Anwar lawan sepenuh hati
Komponen BN mesti selari
Capai 1 Malaysia, najib uari

serling
[09.04.2010]
jumaat
…..

p/s:
UM:09.04.2010:jumaat;
“Kami lebih tahu cerita Anwar”
“Isu Israel:Anwar kitar semula”
“Yusuf Qardawai diperdaya-Nazmi”
“Nasihat jika mahu menang”- FORUM
“Calon di Hulu Selangor, 27 sen nilai warga emas

1 comment:

BENGAH @ SERLING said...

Setiap kali PRK berlaku
Banyak pihak hati beku
Calon pilihan hanya satu
Tidak dipilih ragam laku

PKR hadapi beban berat
Dahulu PKR yang dapat
Petunjuk tewas rasa amat
Badi janji PR pada rakyat