Wednesday, April 28, 2010

PELEKEH PENGUNDI ?

RUMAH SUDAH PAHAT BUNYI ?

Rumah sudah pahat bunyi
Bandingan selalu ungkapi
Ekoran PKR gagal menangi
Dulu PRU12, 198 majoriti

Tuah calon pada pengundi
Undi PKR tambah 095 undi
Atasi bilangan zainal dapati
Daripada 75.87% mengundi

Usahlah zaid cuba lindungi
Katakan BN membuat janji
Dorong pengundi sokongi
Kononkan PKR bersih suci

Baru dua tahun PRU12 lalui
Catatan sejarah ala tsunami
Lawan BN kuasa lima negeri
Syukur Perak kini BN miliki

Sebab utama pakatan kuasai
Para pengundi ditabur janji
Yang tak masuk akal dijajai
Hingga kini belum tunai lagi

Jika benar zaid ikhlas di hati
Petisyen cabar BN menangi
Tambah sertakanlah sekali
Lawan BN sama tabur janji

Dalam P094 luar biasa jadi
Banyak cina pada PKR undi
Walau berbagai BN berjanji
Janji DAP & PKR lebih yakini

Dalam pandangan perhati
Dibenar oleh demokrasi
Percaya anwar berstrategi
Pada zaid tumpuan perhati

Tika dahan PKR reput diri
Akibat hijrah tinggal parti
Zaid mahu digilap potensi
Agar lupa masalah hadapi

Gerak terbaik cermin diri
Lihat pakaian membaluti
Baju PKR telah cemar kini
Baju BN semakin diminati

PRK lokasi sibu akan lalui
BN lawan DAP dimaklumi
Kerenah PKR usah layani
P212 Sibu wajar focus kini

serling
[28.04.2010]
rabu
….
p/s:
TheStarOnline: Wednesday April 28, 2010 MYT 11:54:19 AM:
“Zaid to file election petition to declare Hulu Selangor null and void”
BHOnline: 2010/04/28:Rabu:
“Zaid akan fail petisyen cabar keputusan pilihan raya kecil Hulu Selangor”

No comments: