BUJUR LALU, LINTANG PATAH ?
Bujur lalu, lintang patah
Pepatah gaya meredah
Banyak warnai sejarah
Buatkan orang tersusah
25.04.2010 ditunggui
Tarikh PRK P094 undi
BN lawan PKR ketahui
Tiada keputusan seri
Pengundi P094 ingati
Pilihan anda dihargai
Salah pilih sesal nanti
Undi BN sahaja tepati
Mukadimah buat mula
Orang gelojoh bahaya
Utama peribadi sahaja
Meniti orang hal biasa
Penasihat PKR bergaya
Ciri karisma diperguna
Memikat orang usaha
Banyak orang tergoda
Di UM dimulai promosi
Dakwa luar biasa mati
Kebuluran di Baling jadi
Pelajarnya demonstrasi
Imej Islam beliau pameri
Banyak terpedaya cayai
Termasuk hamba alami
Awal lagi undurkan diri
Zaman PM kita kedua
Ayah pada najib kuasa
Tumpu bangun Negara
Anwar pacu aktivitinya
Zaman PM kita ketiga
Hussein On kejap saja
PM keempat ganti pula
Di tahun 2003 bersara
Era TunM, suratan jadi
TunM dan anwar setujui
Masuk UMNO dia sertai
Walau ada bantahan ahli
Pendekkan cerita kongsi
Hebat anwar berstrategi
Tun Ghafar Timbalan parti
Tewas Tun Ghafar tragedi
Strategi si anwar peraga
Orang titiannya merata
Sikap memakan diri juga
Disisih titi manfaat tiada
Jaga yang dengar kata
Pantang dia nada beza
Kalau boleh angguk saja
Sekarang dedah segala
Kerna yang manis sukai
Para pembodek kelilingi
Laporan PKR gagah lagi
Letak zahid calon wakili
Ibarat dahan rapoh jadi
Daripada PKR lompat lari
YB dan berjawatan parti
Bukan hanya satu negeri
Tonjolan imej Islam tiada
Muslihat pribadi agenda
Bukan Islam kena guna
DAP jadi rakan konsinya
Pada UMNO, rasis kata
Tetapi zahid telah diguna
Jelajah ke rumah senjata
Parlimen Kuantan merasa
Esok hari sabtu ketemui
Hari mengundi hampiri
P094 tentu meriah sekali
Kempen terakhir menanti
Sebelum tidur malam hari
Esoknya ahad mengundi
Usah banyak kerenah lagi
Najib selaku PM disokongi
Insaflah makluk bumi Allah
Sewajarlah bermuhasabah
Sapa mangsa titian, parah
Calon PKR jangan pangkah
serling
[23.04.10]
jumaat
…….
Pp/s:
BHOnline:23.04.2010:jumaat:
“Najib mahu penduduk Hulu Selangor lakukan perubahan”
Friday, April 23, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Kenangan PRK P094 undi
Pantun SPR salin kongsi
Buat rujuk kemudian hari
Nasihat SPR wajib patuhi
........................
24 April, 2010 22:08 PM
SPR Cipta Pantun Tersendiri Bagi Pilihan Raya Hulu Selangor
HULU SELANGOR, 24 April (Bernama) -- Membuat sesuatu yang baru daripada amalan biasa, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mencipta pantun untuk pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor, esok.
Pantun itu yang dicipta anggota SPR Datuk Jamdir Buyong itu diedar kepada media untuk siaran bagi tatapan parti politik dan calon yang bertanding serta pengundi pada pilihan raya kecil itu.
Pantun berupa panduan dan nasihat yang dibahagi kepada dua senario iaitu semasa dan selepas mengundi, antara lain, menghuraikan secara jelas perkara-perkara yang harus dipatuhi calon serta parti bertanding dan pengundi pada pilihan raya kecil itu.
Pantun itu adalah seperti berikut:
PENGUNDIAN
----------
Tiada pondok boleh berdiri
Tempat berhimpun suara perang
Jangan berkempen hari mengundi
Elakkan sengketa suasana tegang
Hulu Selangor dataran permai
Ramai tokoh pandai berpantun
Datanglah mengundi beramai-ramai
Ikut adat bersopan santun
Pokok manggis di tanah rata
Buahnya manis sedap dirasa
Setiap undi intan permata
Penyinar cahaya negara bangsa
Bunga teratai mekar kembang
Tumbuh subur rapat-rapat
Usah takut janganlah bimbang
Hadir mengundi tiada yang sekat
SELEPAS PENGUNDIAN/PENGUMUMAN
-----------------------------
Kertas undi di dalam peti
Dikawal ketat hingga ke petang
Jumlah dikira penuh teliti
Usah sangsi janganlah bimbang
Dari jauh mencari tunang
Masuk kampung hingga ke bandar
Adat bertanding kalah dan menang
Jangan marah salahkan SPR
Pokok pandan di puncak bukit
Buahnya jatuh di atas tanjung
Menang besar kalah sedikit
Jangan dicemuh hormat dijunjung
Khidmat cemerlang sudah sempurna
Semoga mendapat segala berkat
Terima kasih yang bijaksana
Bakti dikenang sepanjang hayat
Pagi-pagi makan ketupat
Hidangan asli sejak berkurun
gambar calon merata tempat
Lepas bertanding mestilah turun
-- BERNAMA
Post a Comment