Thursday, April 1, 2010

BOHONG LAGI ?

CUKUPKAH DIPERMAINKAN ?

16.09.2008 anwar janji
BN tersungkur ke bumi
Dialah perdana menteri
Nyata bohongan terjadi

Lemah pak lah, dikesani
Peluang terbaik menguji
Macam hasrat kaki judi
Sentiasa berangan tinggi

Akbar ada hangat situasi
Minta parlimen ada sesi
Konon BN goyang hakiki
Anwar betul syuk sendiri

Hal sebenar terbukti kini
Lompatan keluar P R jadi
Ibrahim ali tak sunyi lagi
Anggota bebas bercili api

Surat kepada Agong akui
Peroleh sokongan majoriti
19.09.2008 tarikh terjadi
Gila kuasanya hebat sekali

Jika perbandingan kerusi
BN 140 dan P R 82 miliki
30 ahli BN derhaka nanti
Hingga ke Taiwan buntuti

Kuasa Allah menghendaki
Dari pak lah ke najib aksi
Strategi anwar makan diri
Dedahan Bebas sukar nafi

Dengan kes liwat menanti
Fitnahkan kena konspirasi
Adat perbicaraan ketahui
Ngaku buat pantang sekali

Seperti pendedahan zulkifli
Bila wanita Mongolia mati
Difitnahkan najib dan isteri
Terjawab RPK bersembunyi

Benarlah zulkifli memaklumi
ATM dan Agong tidak kecuali
Bahan anwar tipu pengundi
Semoga rakyat sedarlah kini

‘satu malaysia’, anwar perli
Kata tiru ‘oneIsrael’ hakiki
Perunding APCO kata bukti
Hingga bila terusan bohongi

Minggu depan bersidang lagi
Rakyat Malaysia setia tunggui
Adakah jawatankuasa fungsi
Siasatlah anwar sepenuh hati

serling
[02.04.2010]
jumaat
…….
p/s:
BERNAMA.COM:02 April, 2010 00:01 AM
“Anwar Mengaku Hantar Surat Kepada Agong Maklum Peroleh Sokongan Majoriti”

No comments: