Friday, April 16, 2010

RAKYAT PERHATI ?

BAGAI NAJIB LAWAN ANWAR ?

PRU 11, P094 BN mewakili
Dapat majoriti 14,483 undi
Harapan pada BN meninggi
G.Palanivel dari MIC ulangi

Dua PRU terdahulu seperti
Tapi PRU 12 kesan tsunami
Kecewa Palanivel 198 undi
Calon dari PKR jaya takluki

BN dan PKR kelihatan seri
Dua muka baru di P094 ini
Zahid pilihan PKR maklumi
Kerana anwar amat sukai

G.Palanivel tidak tandingi
Kamalanathan pula ganti
Percaturan dirasa tepati
Segalanya kuasa pengundi

Bukan hanya ingin menangi
Tetapi mesti gandaan undi
Petugas jangan syuk sendiri
Strategi yang betul applikasi

Cara umumkan zahid teliti
Parti dalam P R menyakini
PKR bakal kekal mewakili
Begitu luaran P R pameri

Rakyat Malaysia mengikuti
P094 kemuncak kukuh parti
Walaupun BN dan najib nafi
Lepas setahun mengepalai

Sejarah PRU 12 kena ingati
Lemah kepala BN diperakui
Serta lawan BN tabur janji
Strategi defensif usang jadi

Kelebihan calon kita pameri
Pada pengundi calon dekati
Jangan janji gunung tinggi
Jangan tiru lawan bohongi

Syabas TS Isa serta isteri
Terlalu baru ikatan metri
Turun kempen diakurjanji
Peminpin lain wajib sertai

BN dan PKR kalau dihalusi
Menang BN kuatkan parti
Kalah PKR tiada akan rugi
YB PKR lompat mudah jadi

Demi kebajikan yang hajati
Dua tahun bawah P R rasai
Lemah MB Selangor tangani
Banyak janji PRU 12 dilupai

Tepat pilihan para pengundi
Tiga DUN di P094, BN wakili
PRK P094 wajar BN menangi
Bijaksana semasa mengundi

serling
[17.04.10]
sabtu
……..
p/s:
UM:16.04.10:Jumaat:
“Kamalanathan Pilihan BN Di hulu Selangor”
“BN buktikan permuafakatan antara kaum di Hulu Selangor”
“Wei Shu keluar PKR”
“Isyarat kepada Pengundi Hulu Selangor”
“Ezam bongkar lagi rahsia PKR”

No comments: