Sunday, April 25, 2010

MAKIN MANTAP ?

NYATA PKR MERUDUM ?

75.87 peratus buang undi
Hanya 48,935 libatkan diri
Peratusan tika PRU12 atasi
Tak capai 80 peratus hajati

Menang calon BN dinanti
Kerusi P094 kini BN miliki
Wajah kamalanathan seri
Tahniah petugas BN beri

Calon BN 1,725 majoriti
Tanda BN kukuh kembali
Juga najib jadi PM restui
Slogan ‘1malaysia’ yakini

Kepada yang buang undi
Anda amalkan demokrasi
Selamat Malaysia sayangi
Daripada P R pandai janji

DAP,Pas dan PKR ikatjanji
Pakatan Rakyat persetujui
Tapi belum daftar takat ini
Lambang sendiri tandingi

Pepatah orang tua ingati
Jangan janji jika tak tepati
Tahun 2008 PRU12 dilalui
Ngapa liat P R laksana janji

Pada Kamalanathan puji
Para pengundi kunjungi
Jangan lupa segala janji
Ke arah PRU 13 terpasti

Anwar yang dulu kagumi
Syukur hamba undur diri
Gerak hamba menepati
Bijak jika beliau hindari

serling
[25.04.2010]
ahad
....

p/s:
:By Agence France-Presse, Updated: 4/25/2010
http://news.malaysia.msn.com/regional/article.aspx?cp-documentid=4051738
"Malaysia's ruling coalition wins by-election"
:UtusanOnline:25.04.2010:Ahad:
"BN tawan semula Hulu Selangor"

1 comment:

BENGAH @ SERLING said...

SPR umum cara rasmi
BN dapat 24,997 undi
23,272 pula PKR dapati
Jadikan 1,725 majoriti

Dalam PRU12 dahulu
Majoriti 198 bersetuju
Sekarang komplen laku
Salah system, zaid adu

Tapi zaid satu hal lupa
Kehendak Allah nyata
Tewas PKR akur sahaja
Diri zaid titian mangsa

Seperti LKS memaklumi
Anwar pergi luar negeri
Tidak hadir malam tadi
Jika menang lainlah jadi