SEPADUKAH HALATUJU ?
76 NGO Melayu bersatu
MPM singkatan bersetuju
Dimaktub jelas hasrat tuju
Artikel 153 sebagai pandu
Kelab Sultan Sulaiman jasa
27.02.2010 diingat sentiasa
Tergugat agama dan bangsa
Politik beza usah galangnya
Tidak bertempat cerdik kita
Pada bukan bumi kena tanya
Di atas sifat rakan senegara
Berbeza politik, bersatu depa
Dalam bicara sejarah merdeka
Selepas 446 tahun terjajah kita
Merdeka 1957 teramat makna
Begini warisan terpikul terima
Dua kali cemas telah ditimpa
Tahun 1969, MAGERAN ada
Tercatatlah zaman PM Kedua
Ganti PM dahulu yang berjasa
PRU 2008 dikocakan semula
Pabila BN dinafi dua pertiga
Dilebel UMNO rasis bahaya
Kerna berani pertahan bangsa
Tubuh MPM bukan peribadi
Perjuangan kita bela generasi
Dari Perlis ke Sabah dicakupi
Wajib serta kukuh organisasi
Malang ujud watak kitul lagi
Selindung sebalik penting diri
Prmosi dirinya mangsa anayai
Perbicaraan adil cuba ganggui
Gerak PM Mat Jenin waspada
Diuarkan 16.09.2008, PM kita
Caturkan 31 MP BN derhaka
Itulah penipuan teramat durja
Ketentuan Allah terserlah jua
Kepangkuan BN, Perak kuasa
Titah Sultan disangah durhaka
Akhir Mahkamah akui baginda
Air tangan PR terkurang mesra
Menungkah arus tarian dibawa
MB dan KM bagaikan terkinja
Adun Pas dan PKR hiasan saja
Sepatutnya tidak berbalah kita
Perihal agama,bangsa dan raja
Usah kurang ajar pada baginda
Sultan pelindung rakyat semua
Seruan kepada kaum sebangsa
Bukan bumi juga warganegara
Perjuangan kita, laluan mulia
Perlembagaan pegangan kita
Perjuangkan hak orang melayu
Bukan bumi janganlah cemburu
Terbukti keadilan jadi halatuju
Capaian dapati bukti diperaku
serling
[01.03.10]
isnin
…..
p/s:
NST:28.02.10:ahad:
“76 Malay NGOs form new council”
Sunday, February 28, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Bersatulah sebelum lambat
Punya sebab untuk selamat
Tika generasi kita tak ingat
Bahawa sebahagian peralat
Post a Comment