Thursday, February 25, 2010

SERUPA TAPI "BEZA" ?

ANTARA TIGER WOODS,
CSL DAN ANWAR !

Tiger Woods gegar dunia
Pemain golf mempersona
Rebutan iklan berjenama
Ketagihan seks berbahana

Tidak puas beristeri satu
Tuntutan seks jadi hantu
Mudah pasangan ketemu
Moralnya tak boleh begitu

Begitu masyarakat hakimi
Tokoh popular, jurus lalui
Tiger Woods mohon maafi
Sifat orang punya integriti

2007 dari Johor terbara
Aksi seks insan CSL kena
Status menteri lepasnya
Akui diri melakukannya

Sifat terpuji kita ketemu
Sedia telan beban malu
Musuh politiknya buntu
Impak besar tidak tertuju

Dalam politik MCA sinari
Ada penyokong sokongi
Ikhlas akui buat sanjungi
Berkata benar pikat hati

Promosi diri berkarisma
Hal tak benar, ternganga
Bila kes liwat kedua ada
Besilat dia dakwa anaya

Orang seperti mat sabu
Dulu kata aljubri bertalu
Kini ibarat sentuh bahu
Bagaikan jilat ludah dulu

Luar biasa anwar beraksi
Urusan mahkamah cemari
Dirinya hakim buat sendiri
Politikan kes liwat hadapi

Tiger Woods dan CSL seia
Akui buat dan maaf pinta
Cerita mereka cepat reda
Tidak bazir masa emas kita

Anwar ngelabah terburu
Di Kedutaan Turki dikubu
Strategi beladiri aturdulu
Konon nyawa teramat laku

Bohong besar dia melakari
Terkini jelalah ke sana sini
Masih bernafas, tidak mati
Bohong beginipun diyakini

Mereka bertiga sama saja
Punya isteri dan anak juga
Tapi isteri anwar luar biasa
Ke Australia , fitnah negara

Dakwa suami dicemburu
Jalan jadi PM disekat batu
Dakwa liwat bersifat palsu
Saiful konon diupah ngaku

Lihat hal yang anwar geburi
Bagaikan skrip ditulis suami
Status doctor pun bohongi
Patutlah si anak ikut melobi

Harap warga seluruh dunia
Minda terbuka silakan guna
Muslihat anwar buat cakna
Ibarat selok pekasam warna

serling
[25.02.10]
khamis
…….
p/s:
UM:25.02.10:khamis:
“Wan Azizah ‘pelakon’ hebat – Nalla “
“Usah terpedaya ceramah pembangkang”
SinarHarian:25.02.10:khamiS:
“Rais tidak berhak personal jawatan saya”

No comments: