Saturday, February 6, 2010

BUKAN PERTAMA ?

BERBEZA DAHULU ?

Buat tatapan generasi baru
Dikongsikan kisah dahulu
Bicara tokoh-tokoh melayu
Dalam internet catatan temu

Rahman talib amat disegani
Arwah bapa pada dato fauzi
Lebih empat dekad diingati
Tahun 1965 MLJ 142 teliti

Sedekad kemudian terulangi
Tahun 1974 selepas 13 Mei
Akuri Harun Idris dihakimi
Penjara Pudu rehatkan diri

Tahun 1983 turut jadi saksi
Penjara 20 tahun dihakimi
Mokhtar hashim akur lalui
Sampai masa bebaslah kini

Beza kes liwat anwar alami
Kes liwat 1998 masih ingati
Kes liwat kedua timbul kini
Anwar buat luar biasa sekali

Tiga tokoh dahulu dikagumi
Tak guna kesempatan miliki
Hasutkan rakyat jauh sekali
Hadapi bicara sifat peribadi

Tidak minta laung reformasi
Tiada tulisan “fitnah” dijajai
Sikap caya mahkamah diuari
Gaya anwar memualkan rasai

Mereka berempat sama alami
Dalam mahkamah kena adili
Anwar amat berlainan peragai
Bebaskan diri sebelum diadili

Isnin depan bicara sambungi
Fungsi mahkamah dihormati
Barulah aman suasana negeri
Gaya hina mahkamah dijauhi

Usah terpedaya generasi baru
Ngapa sedemikian anwar laku
Hanya katanya sorang peraku
Ngapa redha diri dibuat keliru

serling
[06.02.10]
sabtu
…..

1 comment:

Azam Abd Rahman said...

anu-arr berahi pejuang siapa?
bukan bangsa bukan negara
perjuangannya sekadar cita-cita
didalam negeri menjadi kepala

cita-citanya sangatlah tinggi
namun sikapnya buruk pekerti
depan belakang dia tunganggi
halal dan haram tidak dipeduli

anwar al-juburi nama diberi
demikianlah anugerah dari mat sabu
pohon tak bergoyang angin berhenti
kalau tak sungguh tak dituduh begitu

perangai anu-arr sepertilah tikus
segala lubang dia nak telus
terbuka atau terpaksa tembus
asalkan dia dapat membolos