GERAK LUAR BIASA ?
Sempena tahun baru cina
Rakam berbagai peristiwa
Cakupi segala duka – suka
Yang mungkin sukar lupa
Ops sikap ke21 rasmi ada
Buat kelicinan jalanraya
Korban masih tinggi juga
Di hospital serta pusara
Penulis berkongsi terasa
Gerakan badan angkara
Lengkap lisan adab gaya
Rasa duka atasi sukacita
Macam khutbah disuara
Khatib yang hadir sama
Ajaran Islam ikut semua
Usah buat laranganNya
Tapi kita manusia biasa
Cerminkan diri kena ada
Ubah geraklaku kenapa
Dipilih untuk tegur sapa
Adab orang yang muda
Hormati buat lebih tua
Bukan elakkan dari sua
Bagaikan benci agenda
Apa gerak laku makna
Elakkan diri dari jumpa
Tangan simpan sahaja
Mulut ada tidak suara
Peranan kita orang tua
Anak patut diajar cara
Elak cakap silap makna
Kita terbetul silap gaya
Peringatan buat semua
Hadir tetamu rumah kita
Tamu ditegur dan mesra
Jagalah seluruh keluarga
Salah susun kata bahaya
Persepsi salah akan bina
Itulah perlu pulang raya
Setahun sekali maaf kita
Ketika cuti berbaki ada
Muhasabah dirilah kita
Cermin diri cakap biasa
Jalinan cernih kena bina
serling
[15.02.10]
isnin
…………
Sunday, February 14, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
tak siapa berani comment..kerana tiap dari kita tahu n akui kebenarannya..
berani berkata2 tapi akhirnya lupakan begitu shj....
yg akhirnye si tua menderita kerana memikirkan kesepakatan tidak dicapai....adakah ...
hangat2 tahi ayam?
bukanlah saya untuk menilai...
masih cetek ilmu di dada....
Post a Comment