Monday, February 8, 2010

AKURLAH !

PUTUSAN MUKTAMAD !

Buat nizar, ucapan takziah
Tentuan Allah berhikmah
Selamatkan Perak wadah
MB boneka buat masalah

Syabas putusan bijaksana
Dr Zambrey pasti gembira
Ucap tahniah pada semua
Orang Perak bernafas lega

Sebalik keputusan hari ini
Permintaan Nizar sendiri
Harap kerusi MB kembali
Titah Sultan dia sanggahi

Dulu sekali Nizar menangi
Diputus Mahkamah Tinggi
Nizar sebagai MB perakui
Mahkamah Rayuan baiki

Tiga hakim sidang kembali
Sebulat suara menghakimi
Bukan Nizar, Zambrey akui
Zambrey jadi MB berfungsi

Kerana rasa tak puas hati
Rayuan naik setingkat lagi
Keputusan umum hari ini
Habis ikhtiar Nizar melalui

Amalan kita berdemokrasi
Atur perlembagaan akuri
Ketentuan adalah majoriti
Pemenang majoriti kerusi

Tiap kali PRU, buang undi
Parti yang kerusi majoriti
Sepenggal kepalai negeri
Hinggalah PRU sekali lagi

Tetapi Perak unik sekali
Keputusan PRU 12 dapati
BN gagal perentah negeri
Lawan BN Kerusi majoriti

Peluang lawan BN dapati
Peluang perentah negeri
DAP,Pas dan PKR kongsi
Pakatan Rakyat ikat janji

Termaktub kanun negeri
Nizar jadi MB cara rasmi
Perkenan Sultan didapati
Kepada DAP,Nizar patuhi

Hanya sebelas bulan lalui
3 ADUN PR lompat parti
Kepada BN ikrar sokongi
Pihak PR jadilah minoriti

Prinsip demokrasi turuti
Tidak layak Nizar MB lagi
Zambrey pula sultan akui
Episod derhaka mula jajai

Bubar DUN Perak disuara
Hanya lepas hilang kuasa
Konon rakyat tentu segala
Rakyat bijak tahu agenda

Kepda Zambrey , tahniah
Teruskan agenda amanah
Satu Malaysia laluan arah
Rakyat jangan lagi gundah

serling
[09.02.10]
selasa
……
p/s:
BERNAMA.COM: 09 Februari, 2010 11:54 AM
“Mahkamah Persekutuan Isytihar Zambry Menteri Besar Yang Sah”

1 comment:

azam said...

kasihan Nizar yg gila meroyan
kerana hajat tak berkesampaian
andailah dia diistihar menteri
habislah seluruh tanah negeri

niatnya tak jujur tak juga ikhlas
bukan perjuangan bangsa dan agama
yang telah terjadi sangatlah jelas
kelihatan Melayu tetapi proksi cina

seperti juga dengan si Anu-ar
hilang punca perjuangan sebenar
bagai seluar dah mula longgar
mudah menonggeng dan berbuat onar

kedua-dua ni nampaknya sama
memperkudakan bangsa dan agama
hasrat mereka sama seperti
menjadi kepala negara dan negeri

apa kepala mereka boleh jadi?
jaga kepala butuh sendiri pun tak reti
andai hasrat mereka Allah beri
jahanamlah Melayu seluruh negeri