Friday, March 5, 2010

BEZA FOKUS ?

MUSLIHAT PEMBERITA ?

Berbeza tiga judul berita
Berita terkini jumaat jaja
TheStar fokus khairy kata
Konon anwar, layak tiada

DAP dan PKR, seri angka
MP mereka 28 ahli sama
Lainlah MP PKR susut jua
Andai tokok lompat ada

Dari Shah Alam, Bernama
Bekas S.U PKR jadi berita
Gagal mohon CEO peraga
Lekeh empunya diri gaya

PKR cuba sedaya upaya
Kekal PKR amat baiknya
Keluar PKR tak berguna
Lemah parti susupi juga

Lain pula BH focus berita
Kerenah P R buat utama
Kepada sultan, P R minta
Sidang 30 Mac usah ada

Pada sultan, ugutan jaja
Persalahkan sultan gaya
Jadi minoriti, P R ngada
Bijak sultan jangan hina

Sebagai ketua pemuda
Peranan khairy tak rasa
Lemah satukan pemuda
Sampai bila situasi sama

Hal bekas S.U saja dijaja
Jika cara PKR gunasama
Kes liwat kedua logiknya
Rujuk kes liwat pertama

Ingat lagi P R sendiwara
Tika situasi hilang kuasa
DUN bawah pokok ada
Pada sultan berdurhaka

Tiga berita punca sama
Peranan anwar memula
Tidak baik jadi impaknya
Tanpa beliau, aman kita

serling
[05.03.2010]
jumaat
……
p/s:
-TheStarOnline: Friday March 5, 2010:
“Khairy: Why is Anwar still Opposition Leader?”
-BH:05.03.10:jumaat:
“Pakatan Rakyat Perak minta Sultan tidak perkenan Sidang DUN”
-BERNAMA.COM: 05 Mac, 2010 19:15 PM:jumaat:
”Bekas Setiausaha Agung PKR Pernah Mohon Jawatan CEO”

1 comment:

Skandal Politik said...

Salam bro,

Hebat bro berpuisi... Gua pun nak ikut lu boleh tak bro?

heheheh

http://kjberuk.blogspot.com/