Friday, March 26, 2010

CELEK AKAL ?

USAH SUBAHAT ?

Ketentuan Allah sebegitu
Selaku insan, kita tak tahu
Catatan sejarah hal berlalu
Akan datang belum tentu

Sejarah tidak pernah tipu
Hanya analisis ikut mahu
Walau kekadang merapu
Konon pakar serba tahu

Insan bermuhasabah diri
Hamba Allah muka bumi
Sepanjang bergerak nadi
Siang dan malam harungi

Pilihan ikut keinginan hati
Adakah kita melibatkan diri
Jadi pengikut membuta tuli
Bagai tiong dilatih memuji

Andai celek akal dikategori
Intan dan kaca dikenalpasti
Tidak mudah redhakan dititi
‘Vertical thinking’ applikasi

Atau kategori akhir sekali
Tidak peduli hal luar tepi
Seadanya urus diri sendiri
Tunggu masa masuk bumi

Menyepi selama seminggu
Kesihatan turut terganggu
Prihatin adinda buat sayu
Berkat asuhan orangtuaku

Mohon Allah tetap hatiku
Kategori kedua jadi pandu
Sesama insan elak seteru
Usah subahat bersekupu

serling
[26.03.10]
jumaat
…..

1 comment:

BENGAH @ SERLING said...

Celek akal wajib ada
Salah jangan dipuja
Benar usah disenda
Jika pahit telan juga

Masalah hadapi biasa
Pabila hati kata suka
Kentut pun wangi jua
Ditipu pun akur saja

Ciri asertif patut ada
Berkata terhak guna
Bersalah usah redha
Yang benar asas kata