TAUFAN REDA ?
(Kemelut @ Kedah ?)
MULA TAUFAN NEGERI KEDAH
BERITA 20 JANUARI MENERJAH
GOYANG PARTI MEMERINTAH
PRIHAL KERJABUAT MB KEDAH
HAMPIR TIGA TAHUN KEPALAI
SELEPAS PRU13 HINGGA KINI
TANGGAL 3 FEBRUARI RAKAMI
LETAK JAWATAN CARA RASMI
SYABAS MUKHRIZ MENZAHARI
KERUSI MB CUKUPLAH DI SINI
HASRAT MAJORITI ADUN AKURI
UMNO/BN KEKAL KUASA LAGI
DUA MINGGU PENUH TEKATEKI
MUKHRIZ DILIHAT KERAS HATI
RESPON SPONTAN DIA ZAHIRI
ATAS ASAKAN RAKAN SEPARTI
BIJAK PIHAK ISTANA MENGATASI
SEMUA ADUN KEDAH DITANYAI
SECARA SEMUKA MENYELIDIKI
BENARLAH MAJORITI KEHENDAKI
HELAH PEMBANGKANG TAK JADI
SIDANG DUN KEDAH KEHENDAKI
KONON MENTAFSIR DEMOKRASI
MENANGGUK AIR KERUH DITUJUI
SUK KEDAH UMUMKAN SENDIRI
ATAS TITAH PANGKUAN NEGERI
MB KEDAH SAPAKAH PENGGANTI
RAKYAT KEDAH AMAN KEMBALI
PADA MB BARU AHMAD BASHAH
ESOK 4 FEBRUARI JADI SEJARAH
PENGGANTI MUKHRIZ DIAMANAH
BUATLAH TERBAIK UNTUK KEDAH
(03.02.2016)
RABU
No comments:
Post a Comment