Monday, February 15, 2016

MAKIN CERAH ?

MAKIN CERAH ?
(Jelas Halatuju ? )

SYUKUR DIPANJANGKAN USIA
SEMBILAN PULUH TAHUN HALA
LEBIH DUA DEKAD JADI PM KITA
PADA NEGARA TUN M BERJASA

SEJAK TUN M DI PUNCAK KUASA
TIMBALAN PM BERTUKAR SAJA
GHAFAR, MUSA DAN ANWAR RASA
HANYA ANWAR MEMALUKANNYA

OLEH KERANA LAMA BERKUASA
RAMAI AHLI UMNO TIDAK SELESA
WALAU ZAHIRNYA  AKUR SAHAJA
DISEBALIK KEBAIKAN DIBINANYA

ANTARA PERISTIWA TIDAK DILUPA
RAJA MELAYU DIPAMER ‘DERHAKA’
IMUNITI RAJA DIDEBAT TERBUKA
HIMPUNAN ‘SEMARAK’ MERATA

KINI DASAR DLP HEBOH PERKATA
MATE SERTA SAINS DWI BAHASA
ERA TUN M SEPENUHNYA BI SAJA
IKUT SAHAJA PM YANG ARAHNYA

KETIKA PAK LAH MENGANTINNYA
TSMY SELAKU MENTERI BERKUASA
BI MATE DAN SAINS HENTI SEMERTA
KINI TSMY DAN TUN M SEHATISEJIWA

JIKA AMALAN KEDOKTORAN GUNA
GERAK TUN M BETUL CARAGAYA
TETAPI BERLAKULAH SEBALIKNYA
JURUS ANDAIAN DAN FITNAH PULA

PENJELASAN ISU TUN M TAK TERIMA
KERANA DENGAN ANDAIANNYA BEZA
SAMPAI BILAKAH AKAN NOKHTAHNYA
MUSUH UMNO/BN AMATLAH GEMBIRA

serling
16.02.2016

selasa

1 comment:

bulan said...

Kalau kalah dalam seruwan
anggap wang dapat melawan
kalau Tun Dr Mahathir bukan kawan
siapa pula kini jadi negarawan?

Pemimpin lenyap dimasa hadapan
banyak pengampu memakan umpan
sayang negeri melayu diambil orang
walaupun cakap macam berperang

Jangan hanya tahu berserah
didalam hati melawan arah
pantang diri dengki dan marah
alam yang gelap disangkakan cerah