Wednesday, June 3, 2015

TAJAMNYA TAJI?

TAJAMNYA TAJI ?
(Awasi bermuka-muka)

TUN M TERAMATLAH BERTUAH
SEMBILAN PULUHAN NAK CECAH
MASIH MAMPU ZAHIRKAN HUJAH
DILEMMA MELAYUNYA MENERJAH

SEBELUM MERDEKA HINGGA KINI
SEMASA NEGARA TUNKU KEPALAI
YANG JUGA UMNO BELIAU KETUAI
KEPADA TUNKU TAK RASA SERASI

TUN M DINYAHKAN KELUAR PARTI
AKHIRNYA DALAM UMNO KEMBALI
TIKA TUN RAZAK PERDANA MENTERI
INISIATIF TUN RAZAK AMAT MURNI

PADA TUN M TUAH MENYEBELAHI
PM MALAYSIA KE EMPAT DUDUKI
BILA PM TUN HUSAIN ONN PERGI
DUA DEKAD LEBIH TUN M KEMUDI

SEMASA TUNKU BERNAFAS LAGI
MELALUI THE STAR TUN M DITAJI
ATAS TUGAS PERDANA MENTERI
NAMUN TUN M BUAT TAK PEDULI

KERJABUAT TUN M KITA NIKMATI
PADA BELIAU TERHUTANG BUDI
POSITIF DAN NEGATIF BERSEKALI
SEBAGAI MANTAN PM TUN M KINI

PAK LAH PM KELIMA TAK KECUALI
TAJAM TAJIAN TUN M MENSASARI
UNDUR PAK LAH, DS NAJIB GANTI
PM KE ENAM MALAYSIA PUNYAI

LUAR BIASA TAJIAN TUN M KINI
ISU 1MDB DAN BERBAGAI LAGI
BAGAI BURUKNYA DS NAJIB AKSI
GAYA TUN M AGENDA SEMBUNYI

BETULAH APA DS NAJIB BERHUJAH
JIKA AHLI KABINET TIDAK SEARAH
JANGGAL JIKA KABINET SERUMAH
TALAM DUA MUKA LEBIH PARAH

Serling
03.06.2015

(rabu)

No comments: