Sunday, June 7, 2015

BERPATAH ARANG ?

BERPATAH ARANG ?
(Terlalu awal nak percaya)

UCAPAN TAHNIAH DS HAJI HADI
KERUSI PRESIDEN PARTI DUDUKI         
BESAR JURANG MAJORITI UNDI
GAGAL AHMAD AWANG SAINGI

TUAN IBRAHIM TUAN MAN IKUTI
DAPAT TIMBALAN PRESIDEN PARTI
MAT SABU PENYANDANG KE TEPI
JURANG BEZA UNDI PUN TINGGI

PARTI PAS BAGAIKAN TSUNAMI
ULAMA KEMBALI PERKUKUH DIRI
SEALIRAN MAT SABU JUGA PERGI
PILIHAN PERWAKILI WAJIB AKURI

BERBULAN BELUM MUKTAMAR INI
KEPADA HADI DISERANG BERTUBI
OLEH DAP REGU PAKATAN PAMERI
TETAPI PADA PAS MASIH DIRAPATI

PADA DAP GENG MAT SABU DEKATI
BAGAI HADI KESEORANGAN HADAPI
SYUKUR UTAMAKAN DAP TERHENTI
LEBIH CERAH MASA DEPAN PAS LALUI

WALAUPUN JELAS PUTUSAN PARTI
NADA SUMBANG MASIH BERBUNYI
MENDAKWA TERGUGAT AHLI PARTI
KENA LEPASKAN APA DISANDANGI

MASIH TERLALU AWAL  NAK CAYAI
SUDAH BANYAK KALI SEBELUM INI
BAGAI NAK BERPATAH ARANG AKSI
NAMUN MASIH BERSAMA MELAYARI

Serling
(07.06.2015)
Ahad
P/S;
DS HAJI HADI AWANG – 928 UNDI / US HAJI AHMAD AWANG – 233

DATUK TUAN IBRAHIM TUAN MAN – 881 UNDI / MAT SABU – 279 UNDI

No comments: