Thursday, May 9, 2013

JERAT DIRI ?

JERAT DIRI ?
(PRU 13 WIBAWA ?)

PRU13 selamat kita lalui
Peratus buang undi tinggi
84.8 peratus buang undi
Jelas demokrasi berfungsi

Tahniah BN berjaya lagi
Perintah Malaysia dicintai
Gagal Pakatan menyekati
Undian rakyat kena akuri

112 kerusi dapat melepasi
Majoriti mudah yang ingini
Dianggap selesa 133 kerusi
89 kerusi pakatan memiliki

Tiga pihak pemantau akui
CPPS, IDEAS dan ASLI
Keputusan wibawa dicayai
Anwar dan kuncunya ragui

Banyak pihak menjerat diri
Pertama si Anwar melakoni
Kerusi PM kempunan lagi
Pada SPR tuduhan diberi

Penyokongnya segera dekati
Himpunan Haram tetap jadi
Stadium Kelana Jaya lokasi
Hasut rakyat, SPR dimaki

Pada pakatan, mereka undi
Pengundi Cina ramai sertai
DAP berjaya tokok kerusi
Bijaksana DAP manipulasi

Gelagat Anwar dikenalpasti
Demi mencapai hala peribadi
Isu dan tohmahan sengaja aksi
Akal Kancilnya berfungsi lagi

Lemahkah peraturan kita ini
Bila tohmahan bebas dizahiri
Tiada tindakan menyanggahi
Kesilapan berkenaan beraksi

Syabas Najib, PM kita lagi
Negeri Kedah dapat kembali
Telah terserlah prihal sembunyi
Majoriti Cina ke mana pergi

Dalam laksana 'Janji Ditepati'
Dahulukan pada memberi undi
Pihak lawan tak patut ungkiti
Sesuai dengan muzik dendangi

serling
(09.05.2013)
Khamis
......

catatan:
SPR    - Suruhanjya Pilihanraya
 CPPS - Pusat Kajian Polisi Awam
IDEAS- Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi
ASLI  - Institut Kepimpinan dan Strategi Asia

No comments: