Saturday, May 18, 2013

GELOJOH ?

GELOJOH ?
(CIRI-CIRI MEROYAN?)

05 Mei 13 akan tetap ingati
Hari warga kita buang undi
Dah dua minggu PRU13 lalui
Kerajaan Malaysia, BN miliki

Kelantan masih Pas menerajui
Pulau Pinang kekal DAP ketuai
Selangor tetap PKR menguasai
Anggota pakatan kelihatan seri

Negeri-negeri lain, BN kuasai
Termasuk Kedah ikut kembali
Pas akur keputusn PRU 13 ini
Tapi Anwar tidak mahu perakui

Dulu sebelum PRU 13 dimulai
Dengan lantang Anwar berbunyi
Jikalau Malaysia gagal dikuasai
'Pensyarah' di luar negara pergi

Rupanya ada udang sebalik mi
Itu semua 'gimik' promosi diri
Pengundi muda mahu dipengruhi
Hakikat degree apa UM ketahui

Belum pun hari pembuangan undi
Komponen Pakatan telah diyakini
Bahawa Malaysia bakal dikuasai
Bijak Anwar sengaja manipulasi

SPR ditohmah telah mengkhianati
Konon Pakatan bermajoriti kerusi
Kemenangan BN dilekeh bertubi
Jelas gelojoh si anwar melampaui

Di seluruh negara arah demonstrasi
Konon keputusan PRU13 diragui
Dakwa SPR tolong BN menangi
Wajarkah pakatan akan mematuhi

Kucarkacirkan negara arah tujui
Tindak balas penyokong BN aksi
Pihak berwajib usah tangguh lagi
Bunga-bunga benci kena halangi

Anwar jajakan bilangan pengundi
Peratus sokong pakatan, tinggi
Banding dengan BN memperolehi
Hakikat kita kira mengikut kerusi

Adakah berkaitan hal peribadi
Ulangbicara liwat shaiful hampiri
Daripada penyokong ingin simpati
Sedemikian akal kancil berfungsi

Jika tunggu PRU 14 tanding lagi
Faktor usia, dia tak relevan lagi
Umur tujuh puluh satu, rehat diri
Adakah ini sebenar yang ditakuti

Anwar patut bermuhasabah diri
Dengan puluhan tokoh menjauhi
Kepada Allah janganlah meninggi
Tewas Pakatan, hikmah Allah beri

serling
(18.05.2013)
sabtu
.......

No comments: