KITA MATANG
?
REALITI 55
TAHUN ?
Hari jumaat
bakal menjelma
31 ogos ulangtahun
merdeka
Usia negara matang
dewasa
Terdapat
rakyat berbuat lupa
Salah guna
minda Allah kurnia
Ketaksuban melampau
peraga
Pada pimpinan
parti beragenda
Kejar kuasa
melalui pilihanraya
Kerusi majoriti
perintah negara
Peringkat negeri
pun sama juga
Lima negeri
pakatan berkuasa
Akhirnya
Perak balik BN semula
Pembohongan
agong ingat kita
16 September
2008, anwar jaja
Anwarlah PM
Malaysia tecinta
Kata banyak
YB BN sokong dia
Pak Lah
diasak bagi dinyahnya
Bijak UMNO/BN
atasi perkara
Muncul najib
selamat negara
PM Mat
jenin, anwar layaknya
Percaya pada
najib bijaksana
1Malaysia,
slogan dan jenama
Tranformasi buat
rakyat jelata
Jadikan NKRA
pengukurnya
“Janji
ditepati” tema merdeka
Negeri
pakatan, berbeza tema
Janji PRU12
banyak yang tiada
Hanya lima
belas peratus ada
Janji manifesto PRU13 peraga
Pamer janji dalam Buku Jingga
Jelas benar janji tak nak kota
“janji ditepati” takut perguna
Jatuh ke tangan pakatan, bala
Banyak hal berlaku negeri depa
Kepada persekutuan, tak mesra
Politik tidak matang begitu rupa
Menjelang ulangtahun merdeka
Bersatulah kita rakyat Malaysia
Sambutlah walau fahaman beza
Politik semasa pilihanraya saja
serling
[29.08.2012]
rabu
…
1 comment:
Sudah tentu tidak matang kalau asyik berhimpun di jalanan.
Post a Comment