OPS SELAMAT ?
RAKYAT TENTUKAN ?
Ops Statik,Pacak, sikap dulu
Ops Selamat gelaran terbaru
Nyawa dan harta bersepadu
Prihatin kerajaan tidak jemu
12 hingga 26 Ogos dioperasi
Telibat PDRM dan lain agensi
Peranan orang awam hargai
Selamat nyawa-harta hajati
Jika orang awam tak peduli
Tanpa kerjasama yang mesti
Bazir saja usaha yang murni
Hilang nyawa dan harta rasai
Ikhtibar Ops Selamat halusi
Analogi pada PRU13 nanti
Selamat buat semua hajati
Berhatilah membuang undi
Jika pandu bagai mengundi
Jangan mengundi sukahati
Tersalah undi buruk alami
Seperti PRU12 jadi tsunami
Janji PRU12 banyak engkari
Pakatan Rakyat hebat janji
Inginkah rakyat ditipu lagi
Cukup ditipu PRU12 sekali
Ops Selamat diingat selalu
Memandu dan PRU13 satu
Selamat musim raya perlu
Undi BN dalam PRU13 jitu
serling
[15.08.2012]
rabu
….
1 comment:
Di P Pinang, Ketua Menteri
Kerusi Parlimen juga miliki
Bapa dan isteri bergelar YB
Begitu DAP amal demokrasi
Bagaikan bina kroni famili
Juga pengerusi DAP pameri
Anaknya juga bergelar YB
Guna DAP kepentingan diri
Post a Comment