MATLAMAT HALAL CARA ?
Jika benar bagai dikata
Utusan Rakyat akan ada
PKR terbit propaganda
Pada melayu tujuan hala
Hari sebelum ada berita
Nik aziz mengubah nada
Hal orang melayu utama
Ikhlaskah caragaya depa
PKR dan Pas rasa bangga
PRU12 menang luar biasa
Bersama DAP pakat setia
Pakatan Rakyat ukir nama
Baru tiga tahun lalui masa
Jadikan BN musuh bersama
Dengan hasrat parti berbeza
Terlepas Perak mulalah bala
Terakhir di sibu, DAP jaya
PRK lainnya buat petanda
Naik undi BN terbukti ada
Lawan BN terketar kepala
Undian para pengundi jaja
Pada BN lebih ramai caya
Tanpa mengira suku bangsa
Sokongan bumiputra nyata
Sebagai regu pakatan setia
Restu dari DAP dipasti ada
Bila PKR dan Pas ingin jaja
Konon nasib melayu utama
Kecuali sokongan tegar ada
Pada PKR, tokoh talak tiga
Dalam DAP pun jumpa juga
Bai'ah Paskah halangannya
Dahulu UMNO dikata cerca
Dituduh rasis, Melayu dibela
Ikut perlembagaan kita guna
Puak pakatan wajib dicuriga
Dua PRK bakal terlaksana
Kerdau dan Merlimau ada
BN lawan Pakatan ternyata
UMNO lawan Pas pastinya
Andai tiada hal luar biasa
Tanggal enam mac jumpa
Samada BN atau Pas jaya
Bolehkah BN kekal kuasa
Hajat BN menangi selesa
Majoriti mahu ditokok ada
Jayakah Pas capai cita-cita
Susut majoriti BN diusaha
serling
[21.02.2011]
p/s:
-UM:21.02.2011:isnin:
“PKR mahu terbit Utusan Rakyat tarik sokongan Melayu”
-MM:20.02.2011:ahad:
“Nik Aziz ubah nada”
Monday, February 21, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment