Friday, February 25, 2011

BN KUKUH ?

PENGUNDI HAKIMI ?

Esok 26 Februari terbukti
Di sebalik tohmahan jajai
Malaysia tidak demokrasi
Penamaan calon kena lalui

BN dan pakatan temu lagi
UMNO dan Pas mewakili
Di pahang dan melaka aksi
Kerdau dan merlimau seri

Nama calon telah maklumi
Direstui oleh parti diwakili
Belum pun kempen dimulai
Bakal pemenang dapat rasai

PRK kerana ADUN kembali
Panggilan Allah, kita redhai
Terpaksa cari sapa pengganti
Tepat SPR bijaksana kendali

Tugas BN pertahankan kerusi
Kedua-duanya dulu BN miliki
Pakatan cuba melalui Pas lagi
Tewas di Tenang, bakal ulangi

Syed ibrahim dan roslan cayai
Wakil BN tepati rasa pengundi
Hasanudin dan yuhaizad sertai
Arahan pimpinan Pas dibebani

Susut majoriti BN, Pas ingini
Kalau boleh dapat memenangi
Penaik majoriti BN hajat parti
Tewas pada Pas, mimpi ngeri

Satu Malaysia sukar dipromosi
BN mungkin boleh moyok jadi
Petugas BN wajib rajinkan diri
Dekati pengundi tanpa kecuali

serling
[25.02.11]
jumaat
......
p/s:
UM:25.02.11:jumaat
“Roslan mula serasi jumpa rakyat”
“Biar rakyat tentukan -Syed Ibrahim”
“PRK: Pas pilih Hassanuddin di Kerdau, Yuhaizad di Merlimau”

No comments: