Sunday, September 12, 2010

SEPANDAI TUPAI ?

MUDAH DIMANGSA ?

Sepandai tupai lompat
Memperaga diri hebat
Di dahan tinggi gelagat
Ke tanah jua mendarat

Begitu analogi dikongsi
Bila manusia lupa diri
Licik jahat awal susupi
Tapi akhirnya dikesani

Kes hilang berhari-hari
Kepada datuk sosilawati
Bersama tiga orang lagi
Bakar lepas bunuh mati

Buat PDRM tahniah beri
Berjaya selesaikan misteri
Suspek berkenaan dipasti
Masih terus siasat perinci

Alfatihah buat mengiringi
Keempat arwah tiada lagi
Sangka baik mula dorongi
Bijak pemangsa menutupi

Analogi sang tupai jumpai
Dalam hidup kita hati-hari
Kagum sang tupai peragai
Janji palsu pun menyakini

PRU 12 tahun 2008 dilalui
Lemah pucuk lawan pasti
Tokok janji madu ditaburi
Banyak kerusi PR menangi

Selepas dua tahun harungi
Berbagai lakonan ditontoni
Tikit Penasihat manipulasi
16.09.2008 perdana menteri

Boleh jangka maksud jajai
Tuntutan pengundi ditakuti
Di mana janji PRU 12 metri
Dalam negeri PR menguasai

Bila YB dari PR keluar parti
Tersentak penasihat merasai
Konon mendakwa tidak rugi
Walau umum beza persepsi

Warga Malaysia mutakhir ini
Walau banyak belajar tinggi
Ada yang rapuh buat mangsai
Tapi yang berakal selamat diri

Berlagak konon maksum suci
Dalam proses mahkamah lalui
Dakwa dirinya difitnahkan lagi
Kes liwat kedua sama tunggui

Demi kepentingan nasib parti
Konon anwar difitnah sokongi
Ulama dan ustaz apakah begini
Andai ahli PKR kita mengerti

Dahulu si kancil buat analogi
Binatang kecil gagal dikuasai
Kecundang kancil atas bumi
Sang tupai pula umpama kini

Kancil dan tupai jaja gelagat
Pemangsa dan dimangsa ingat
Dua pihak samalah bertaubat
Salah buat mestikan penamat

Serling
[13.09.2010]
isnin
……
UM:13.09.10:isnin:
“Dipukul sampai mati”

No comments: