Saturday, September 18, 2010

ADAB BERJIRAN ?

KAIN KITA DIRABA ?

Esok Najib ke singapura
19.09.2010 lawatan kerja
Tiada adab LKY bernada
Ruang NYT, kita disenda

01.09.2010 tarikh peraga
Baik singapura atasi kita
Begitu LKY dabik dada
Zalimkan minoriti dikata

Tersangat adil Singapura
Beza dengan Malaysia jaja
Menteri mentornya bangga
Melayu di sana urut dada

Bukan melayu di Malaysia
Walau minoriti angkanya
Lain melayu singapura rasa
Minoriti di sini negara jaga

Semua warga negara kita
Tanpa dikira kulit warna
Bebas bersuara lain nada
Begitu juga kumpul harta

Prihal 153 termaktub ada
Raja berpelembagaan kita
Semenjak merdeka negara
Amat beza dari singapura

Analogi tepat boleh guna
Kain orang LKY meraba
Dalam kainnya kudis ada
Cuba tutup aib yang nyata

TunM dan TunLah serupa
Gelagat LKY yang sengaja
Kedua mantan PM senada
Biadab LKY amat ketara

Kita masih belum terlupa
Selepas PRU12 melanda
LKY jenguk negara kita
Angkat hidung PR peraga

Bukanlah perkara rahsia
LGE sering ke singapura
DAP adik PAP tahu kita
LGE segaya LKY nada

Nada PAP yang DAP uja
Gugat Perlembagaan kita
Konon konsep samarata
Tapi singapura beza gaya

PKR rapat DAP terpaksa
Pada DAP, anwar minta
Bila PR kuasa, PMlah dia
Ingin kuasa, Pas pun sama

Sebelum masuk singapura
Selaku tetamu, PM disenda
LKY talian hayat PR guna
Tentulah PR restu segala

Konon rasis UMNO dikata
Samalah maksud LKY jaja
Cuma “minoriti” tekannya
Semesti najib berani suara

Di Sabah dan Sarawak kata
Autonomi akan anwar ada
Janji 16.09.08, jadi PM dia
Tipu janji baru jangan caya

Dengan “1Malaysia” guna
Kepada najib tarikan dirasa
Pelekeh imej najib sengaja
PR sahaja dipuja singapura

Semasa berada di singapura
Pada LKY dan rakyat semua
Raffles bukan sejarah dimula
Dulu temasik, Raja empunya

Sifat melayu itu baik budinya
Air muka tuan rumah terjaga
Tuan rumah tidakkan cerca
Di rumah, pada famili cerita


Sampai bila sedemikian gaya
Sekarang sebangsa tidak peka
Kerana ingin kuasa dan nama
Halatuju jadi PM halal segala

Taksub melampau berpada
Kes kematian salawati nyata
Arahan kepala punca semua
Untuk selamat fikir terbuka

Kepada melayu singapura
Sejarah negara begitu rupa
Kepada singapura taat setia
Elakkan pemerintah curiga

Selaku jiran terdekat warna
Rumah sendiri, sendiri jaga
Berkata baiklah sesama kita
Tepi kain orang jangan raba

serling
[18.09.2010]
sabtu
…..
p/s:
BERNAMA.COM:18.09.2010:sabtu:
“Malaysia Tidak Perlu Nasihat Lee Kuan Yew – Tun Abdullah”
“Najib Adakan Lawatan Kerja Ke Singapura Pada 19 Sept.”

2 comments:

Azam Abd Rahman said...

salam,
kebelakangan ini memang lama tidak melawat, terasa dalam hati sedikit kerinduan, dan hati ini segalanya terubat. selamat berjuang dengan kertas, tinta dan kalam...

Wake UP! said...

Dah kurang ajar sangat. Teruskan saja jambatan bengkok.