Tuesday, April 20, 2010

DUA PENJURU ?

HENTIKAN KESILAPAN ?

Jika belum kiamat lagi
Ahad 25.04.2010 nanti
Rakyat P094 mengundi
Satu lawan satu situasi

Asal 4 penjuru tandingi
Tapi dua Bebas tarikdiri
BN lawan PKR melakari
Najib lawan anwar aksi

Hulu Selangor digegari
Tunai proses demokrasi
Dua pihak buat promosi
Calon akulah patut undi

Terbaik pikat pengundi
Luar-dalam calon dikaji
Tiada apa pun dikecuali
Sukar jika membohongi

Selangor bawah P R kini
Angkara 2008 Tsunami
MB pun PKR yang miliki
Pada rakyat hutang janji

Kiraan matematik fahami
Lihat senarai PRU12 janji
Janji lawan BN enak lagui
Bagaikan bulan boleh beri

Janji ditulis mereka beri
Minda normal sukar cayai
Kerana anwar yang ketuai
Mudah pengundi dikaburi

Dua tahun dahulu tragedi
Bagai rakyat sedar mimpi
Termasuk YB PKR sendiri
Keluar dari PKR menepati

BN sekarang najib kepalai
Bukan zaman pak lah lagi
Kepada najib rakyat yakini
Anwar PM mat jenin realiti

Kalau ahli PKR kita ngerti
Zahid sesuai depa tolongi
Lagak ahli Pas gelikan hati
Angkat zahid dulu dibenci

Hingga bila Pas melakoni
Konon Islamlah didahuli
Hal arak Hasan berbunyi
DAP berjaya laksana misi

Hari mengundi akan lalui
YB Parlimen yang diundi
Ingat YB PKR lompat parti
Parti masalah jangan undi

Dalam PRU 12, janji taburi
MB PKR pun buat melupai
Sekali tipu mudah ulangi
Menangkan BN jadi mesti

serling
[20.04.2010]
selasa
…..

No comments: