Tuesday, April 13, 2010

ADA NAMA ?

TUAH HURUF ‘Z’ ?

PRU12 bagai tsunami
P R perintah 5 negeri
Di Parlimen 82 kerusi
MP huruf ‘Z’ 4 wakili

Z mewakili Bayan Baru
Dalam PKR tak tunggu
Z Kulim-Bandar Baharu
PKR juga tidak sebulu

Z Hulu Selangor mati
Ketentuan Allah akuri
Hanya Z Ampang lagi
Petunjuk apakah jadi

Untuk ubat resah ragu
Z dari Kelantan direstu
Agar Z Ampang beregu
‘Ada Nama’ kah begitu

Simpati pengundi hajati
Z yang meningal diganti
Z dari Kelantan diyakini
Tahyol atau pun mimpi

Hikmah yang berlaku
Anwar gunakan kuku
Lama ahli tidak perlu
Yang penting sebulu

Badrul amin diketahui
Penyokong anwar jati
Sanggup dirinya dititi
Tapi anwar tak yakini

Mungkin muslihat laku
Zaid ada tak bersetuju
Hulu Selangor penentu
Lemah lebihan198 dulu

Jika abjad A ke Z turuti
Huruf Z ancaman parti
Z ampang tidak gerenti
Letak zahid sedap hati

serling
[15.04.2010]
rabu
…….
p/s:
Agendadaily:13.04.2010:Selasa
“Inilah calon PKR Hulu Selangor…”
Thestar:14.04.2010:rabu:
“Zaid is PKR’s choice”
BH:14.04.2010:Rabu
“PKR pertaruhkan Zaid tanding di Hulu Selangor”
=>Huruf ‘Z’ selepas PRU 12:
Selangor (Ampang) - Zuraida Kamaruddin
Selangor (Hulu Selangor) - Zainal Abidin Ahmad
Kedah (Kulim-Bandar Baharu) - Zulkifli Noordin
Pulau Pinang (Bayan Baru) - Datuk Seri Zahrain Hashim

No comments: