Monday, January 4, 2010

TIKUS BAIKI LABU ?

PAS BERSILAT LAGI ?

Pas selaku sebuah parti
Uarkan pendirian rasmi
Terima kasih pada hadi
Tanggal 04.01.10 metri

Pas tahu bahana hadapi
Susunan ayat amat rapi
Demi jaga survival parti
‘Tidak” dan “Ya” selari

Larangan guna ungkapi
Takut kekeliruan terjadi
Umat Islam senang hati
Penyokong tegar dakapi

Para ‘larangan’ bela hati
Kontra kata sebelum ini
Kalimah ‘Allah’ gegari
Kristian guna tak sekati

Pelopor kepada izin beri
Nik aziz zahir ulang kali
Peminpin Pas ikut sekali
Di gereja, khalid zahiri

Khalid samad teguh diri
Ucapan di gereja diakui
Tiada ‘U-turn’ buat aksi
Survival politik dahului

Cakap anwar amat berani
Sensitiviti kita tak peduli
Lagak jaguhan demokrasi
Lawan arus atur strategi

Ungkapan agama samawi
Tak ramai yang mengerti
Kalimah ‘Allah’ difahami
Sokong gunasama perakui

Kontra ‘larangan’ diberi
Beri makna tidak halangi
Dalami agama mengerti
Pas dilihat berdiplomasi

Meneliti kenyataan rasmi
Jika dibaca semua sekali
Dua kumpulan disenangi
“Tidak” dan “Ya” diakui

Bolehkah parti Pas cayai
Kata “Ya” boleh promosi
Pada mereka, Pas sebelahi
Ada BLOG petik sebegini

Sendiwara Pas dedah lagi
Pada Melayu, Islam jagai
Bagai bukan Islam yakini
Terima Islam sepenuh hati

“Bersama Islam” dilupai
Pada Islam masih dijajai
Masjid dan surau, lokasi
“Pas for all” penarik undi

Dijadi ‘Allah’ kontroversi
Kepala kita mahu bebani
Fikir rakyat mahu dicuci
PRU12 , P R hanya janji

Dua sudut beza strategi
Lain tekan di lain lokasi
Pas mahu kekal diminati
Fikirlah sampai bila dititi

Tikus baiki labu warnai
Peminpin Pas silat lagi
Survival Pas hala ingini
Waraskan otak dimiliki

serling
[05.01.10]
selasa
…..

p/s;
- http://www.themalaysianinsider.com
“Pas backs used Allah by Christians”
-UM:05.01.10:selasa:
“KDN kemuka rayuan”
-UM:04.01.10:isnin:
“Jangan benarkan sama skali- Nik Aziz”

No comments: