RAMAI YANG KENA ?
Serai wangi, cacing dan keli
Untung pelabur tidak terperi
Sedemikian digula sana-sini
Akhirnya ramai megigit jari
Penangan cacing punya kerja
Bagaikan cacing naik ke mata
Bukti banyak pelabur merana
Penganjur dan wang lesap jua
Kabarnya cacing harga tinggi
Ada berusaha pelihara sendiri
Kawasan rumah juga potensi
Masuk kursus sendiri biayai
Ternak keli ramai yang teruja
Hinggakan kanvas boleh guna
Bekalan anak keli peluang ada
Pasaran keli tak seindah dikata
Buat kempen amat menyakini
Konsep kongsi modal diminati
Ke poket penganjur wang beri
Pelabur tertipu, penganjur lari
Serai wangi pun dua kali lima
Konsultan jadi orang perantara
Benih dan nasihat penariknya
Penanam dan tuan tanah kena
Bersama kita muhasabah diri
Terlampau yakin kepada janji
Muslihat udang di sebalik mi
Pihak penganjur untuk miliki
Serai, cacing dan keli diguna
Pas, P K R dan DAP umpama
Janji depa buat pengundi caya
Janji BN dipelekehkan sahaja
Bangkitlah semua pengundi
P R memang pakat buat janji
Soal tunai janji, tidak peduli
Pengundi waras tidak yakini
serling
[15.01.10]
jumaat
…..
p/s:
UM:14.01.10:khamis:
“Pelaburan cacing: Empat lelaki ditahan”
“Pelabur, penternak skim KWA diminta bertemu Jumaat ini”
Friday, January 15, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Pas umpama serai wangi
Pamerkan diri Islam sejati
Tak usul periksa percayai
Selamat yang berhati-hati
P K R diibaratkan cacing
Perangainya suka kencing
DAP dan Pas terpancing
Hakikat anwar terpenting
DAP mewakili si ikan keli
Liat nyawanya untuk mati
Sengatnya bahaya sekali
Jinakkan keli berhati-hati
Post a Comment