Wednesday, November 11, 2009

YB TERSAYANG ? ( 4 )

TERSURAT DAN TERSIRAT ?

YB Parlimen tentu suka
Tokok dua hari dinyata
Moga beres hal perkara
Tahun depan temu pula

YB BN Pelangai tenaga
MB Pahang amanah jaga
Cakap DS adnan bersaja
Parti lawan berwaspada

YB P K R pilihan bapa
Nurul Izzah ikut sahaja
Lembah Pantai bermula
Tidak jelas sengatannya

Bersuara lantang nyata
Timbalan menteri kuasa
YB BN Puad lapis muda
Batu Pahat memilih dia

Kubang Krian wakilinya
Walau johor asal usulnya
YB Pas Salahuddin jaya
Kini Naib presiden pula

Tenggelam timbul gaya
YB BN Tiong Lai timpa
Masalah MCA tidak reda
Tugasan menteri buatnya

Dulu YB PKR statusnya
Kini YB bebas wakilinya
Badrul hisham orangnya
MB selangor dilawannya

Kerusi roda ke mana-mana
Peguam serta YB bersama
Bukit Geluggur wakilinya
Dalam DAP, Karpal ketua

Siri keempat kongsi sama
BN serta P R sorot serupa
Masin atau manis dinyata
Tulis ikut persepsi hamba

serling
[11.11.09]
rabu
….

1 comment:

selagimasihada said...

Salam tuan,
Mohon blog saya di-link-kan dari blog tuan ~ http://satunota.blogspot.com