Tuesday, November 17, 2009

TITIAN SI PUNAHSIHAT ?

SURVIVAL P K R ?

Saat hadapi kes mahkamah
Solekan anwar dilihat indah
Penasihat ekonomi anugerah
MB selangor suara perintah

Dikuatkuasakan serta merta
Elaun bulan tetap RM1 saja
Tugas khas ekonomi dijana
Tingkat pelaburan buat jaja

Puji MB pada anwar tinggi
Anwar layak beliau yakini
Membantu kerajaan negeri
Besarnya udang sebalik mi

Strategi lapok anwar guna
Lantikannya mudah jangka
Lepas sesi serang PM ada
Senang gerak elak curiga

Ruang pejabat akan beri
Tentu hampir MB sendiri
Jurus utama survival parti
Diguna prasarana negeri

Kesan pengumuman ada
Seluruh selangor dironda
Konon rakyat kena jumpa
Anwar dan P K R agenda

MB selangor sendiri resah
Janji PRU12 jemput padah
Harap anwar padam marah
Rasanya luka tambah parah

Belum pun tugas bermula
Anwar telah jelas perkara
Di konvensyen P K R kata
Motif politik focus utama

RM1 elakkan rakyat marah
Konon akan catatan sejarah
Si anwar penasihat pemurah
Hakikat punahsihat serakah

Hanya satu janji yang rasa
Air kadar RM20 percuma
Tidak semua rakyat terima
Sewajar berminda terbuka

Jika melihat perkara realiti
MB selangor mesti perakui
Melalui P K R kuasai kini
Apa pun cara anwar agungi

Anwar cuba main silapmata
Survival P K R amat makna
Bernafas P K R, anwar lega
Jadikan titian pegang kuasa

Rakyat selangor bangkitlah
Sindawara anwar cukuplah
PRU 13 dijadikan nokhtah
P R wajar ke bakul sampah

serling
[18.11.09]
selasa
…..
p/s:
-“Gergaji Tiga Mata ?” dalam www.mykmu.net
BH.Online:13.11.09:jumaat;20:45 PM
“Anwar dilantik penasihat ekonomi Selangor”
UM:16.11.09:Isnin:
-“Anwar terima jawatan bagi pertahan Selangor
-“Penasihat Ekonomi: Anwar kukuhkan -kedudukan Azmin”

No comments: