Sunday, November 8, 2009

SEKILAS PANDANG ?

SEMINAR KHAS PAS !

EGM yang nik aziz mahu
Seminar khas parti setuju
Diadakan 07.11.09 sabtu
Perkasakan Pas hala tuju

Ada angin pokok goyang
Parti Pas lalui gelombang
Ujud puak beza hala juang
Tidak puas hati bersarang

Nik aziz ditolak belakang
Agar kedepan menyerang
Gaya musyidur am garang
Bagai ingin berkerat arang

Bijak puak hadi bertenang
Hajat nik aziz bawa halang
Seminar khas saja bincang
Terlaksanalah ikut rancang

Resolusi seminar dibentang
Perkukuhkan pembangkang
Hadapi PRU13 akan datang
Buat DAP dan P K R girang

Bukan Islam diarah pegang
Resolusi kedua jelas terang
Kelab penyokong Pas tiang
Tanpanya parti Pas goyang

Pendirian parti ada pancang
Dasarkan informasi datang
Akar umbi mahu dipandang
Resolusi ketiga buat tenang

Sokong orang muda kurang
Bagai dr abu hasan bentang
Susutan 70 peratus bimbang
Resolusi keempat dibayang

Kempen nasional diganyang
Pas Untuk Semua dicanang
Plan tindakan akan rancang
Resolusi penutup didendang

Harakah, akbar parti diserang
Bukan presiden parti dijulang
Banyak ahli Pas tidak senang
Utama si anwar patut halang

Jalan Pas jurus silap simpang
Sebut tegak Islam jadi hilang
Dahagakan kuasa terbayang
Kelab penyokong Pas tatang

Akar umbi Pas rasa terbuang
Peminpin berubah sekarang
Pada rakan P R lebih sayang
Islam ala Pas hanya dikenang

Seminar khas Pas dah berlalu
Status dalam P R buat celaru
Banyak suara suka bersekutu
Nyata sanggah nik aziz mahu

serling
[08.11.09]
ahad
…..
MM:08.11.09:ahad:
“Imej Pas Merosot”
“Pas gagal perjelas kedudukan dalam pakatan”
“Nik Aziz, Hadi henti berbalah”
“Peserta seminar kecam Aziz Bari”
BM:08.11.09:ahad
“Penyokong muda Pas paling tadah”
“Saya tak akan undur:Hadi”
“Budaya ‘menghentam’ punca generasi muda bosan”

1 comment:

.@blogger.com said...

salam tuan, mohon blog saya di-link-kan juga diblog tua, terima kasih - http://selagimasih.blogspot.com/