Monday, May 4, 2009

TUAH BADAN !

SEMPENA MUKTAMAR PAS KE 55 !

PAS untuk semua, diuarkan
Kempen raih undi gongkan
Bagi tarik undian fokuskan
Pada T shirt jelas dituliskan

Segala yang manis lagukan
Undi bukan Islam perlukan
Pakatan sama DAP kuatkan
PRK Bt.Gantang rakamkan

Bagai harimau nanti mangsa
Pimpinan PAS bersindawara
Hakikat dalam PAS ada kasta
Kelompok atas semesti kuasa

Ulama PAS terhandal peraga
Padang, surau dan masjid ada
Ceramah politik PAS terbiasa
Hanya melalui PAS ke syurga

Korner dan pusingan ceramah
Tentang PAS, berdosa ummah
Sokong PAS, kelihatan megah
Merekalah sahaja direstu Allah

Fakta politik itu jejak di tanah
Langar prinsip untuk perintah
DAP dan PKR dijunjung gah
Tanpa mereka , hasrat goyah

Muktamar ke 55 bakal jumpa
Di Stadium Melawati agenda
Lokasi Shah Alam pilihannya
Dulu di Ipoh, kali ke 54 bala

Hasrat di Ipoh dulu gah kuasa
Almaklum MB PAS bertakhta
Tapi di Selangor, PKR kepala
Berulangkah nasib PR ditimpa

Bulan Jun ada sebulan hadapan
Tarikh Muktamar ke 55 adakan
Kuatkah PR Selangor, lihatkan
Jika ikut PR Perak , tuah badan

Bila pucuk pimpinan tentukan
Si berlebel Ulama kepanasan
Takut kerusi akan dilucutkan
Lain cakap - bikin dizahirkan

serling
[04.05.09]
isnin
….

2 comments:

Raja Fiqri Fauwaz said...

Dari Mentakab pergi ke Lanchang,
Singgah makan perut dah lapar,
Cakap depan pandang-pandang,
Cakap belakang dengar-dengar..

BENGAH @ SERLING said...

Siang - malam jangan beza
Telinga dengar, mulut suara
Apa pun bahasa tugas sama
Dolak dalih amatlah tercela