Thursday, April 30, 2009

CERAHKAH PEMUDA ?

SYABAS KP DI NEGERI2 !

Ketua Pemuda jaya KJ duduki
Walaupun jumlah undi minoriti
Akibat strategi tanding tigasegi
Pimpinan lemah KJ jadi liabiliti

KP di negeri kurang kita kenali
Maklumlah orang baru kepalai
Kalau macam KJ cara menaiki
Pelapis UMNO kurang diyakini

Hamba ahli UMNO dahulu lagi
Konsisten rakamkan rasa curigai
Sejak Naib KP, pak lah payungi
Sedih politik wang, izin tandingi

Apa alasan KJ masih perlu lagi
Lebih 60 peratus tidak sokongi
Pasti KP negeri yang KJ senangi
Najib presiden parti kena perhati

Semenjak dulu sering diperingati
Pemantapan parti atasi diri sendiri
Gerak KJ sangat sukar dipercayai
KP di negeri semesti utama parti

serling
[01.05.09]
jumaat
….

1 comment:

BENGAH @ SERLING said...

Lebih kurang tiga tahun lagi
PRU 13 terpaksa kita harungi
Pemuda mesti punya strategi
“liabiliti” ubah pada “segani”

Jika wajah pemuda sebegini
Bagaimana akan kuatkan diri
Masa berlalu hanya peringati
Pemuda terdahulu hebat sekali

Jika liabiliti ibarat kudis kaki
Bahaya dibiar sembuh sendiri
Banyak terjadi berulat duduki
Gaya jalan pun tempang jadi