Tuesday, January 6, 2009

PRK P036 GELANGGANG PROKSI ?

PROKSI HADI LAWAN
PROKSI PAK LAH ?

Calon UMNO/BN dan PAS serupa
Wan Farid proksi pak lah ramai caya
Wahid Endut proksi pada Hadi pula
Pak lah dan Hadi, Ketua parti semasa

Kedua-dua calon ditakdirkan berlaga
Dalam gelanggang PRK P036 berbara
Ketaatan pada parti, ahli-ahli terduga
Pengundi atas pagar teramat berharga

Hadi dan Pak Lah, situasinya berbeza
Hadi selaku presiden PAS hayat lama
Pak lah pula serah jawatan bulan tiga
Kelak Najib presiden yang berkuasa

Apa pun keputusan PRK 036 diwarta
Pilihan para pengundi, akurlah semua
Bukan alasan Pak Lah lanjutkan masa
Elok Pak Lah berehat, kurang berkata

Pada petugas UMNO/BN ada disana
Laksanakan amanah semacam biasa
PRK Permatang Pauh sedarkan semua
Tipudaya Pakatan Rakyat jangan leka

serling
06.01.09
selasa
…..

No comments: