Saturday, January 24, 2009

PERIBADI ATAU PARTI ?

JANJI MESTI DIKOTA !

Kurang seribu tambahan,PAS diundi
Dalam PRK P036 pada 17 Januari
PAS terpilih kerana dapat majoriti
Akur UMNO/BN putusan pengundi

Ketika UMNO/BN muhasabah diri
Ego Pakatan Rakyat amatlah tinggi
PAS dan PKR bagai dalam mimpi
Dakwa kini UMNO, melayu benci

Dipelekeh Melayu UMNO bertubi
PKR dan PAS tersangatlah yakini
Berjaya sapu bersih PRU 13 nanti
Kerjasama DAP terpaksa perolehi

Disebalik Melayu UMNO dimaki
UMNO tidak mudah ditumbangi
PAS,PKR dan DAP amat gusari
Berbohong janji PRU 12 terbukti

Buku tahun 2008 telah tutup kini
Sejarah tahun 2009 mula diukiri
PRK P036 sejarah sukar dilupai
Tewas UMNO/BN, PAS menangi

Pelek dan aneh cara hadi pameri
Tika Melayu UMNO dihinamaki
Uarkan UMNO dah melayu benci
Tapi mahu pak lah terus kemudi

Gelagat hadi boleh dibuat analogi
Pokok yang berbuah amat dibenci
Segala buah ranum ingin nikmati
Penjaga kebun ditentukan si hadi

Hebatnya pemimpin PAS warnai
Berlagak tiada keruh dalam parti
Dialih fokus ahli PAS hasrat hadi
Sampai bila boleh hadi menutupi

Melihat laluan UMNO kini lalui
Petanda kearah pulih menyakini
Kes politik wang, SPRM kendali
Mesti pedas bagi si pemakan cili

serling
[24.01.09]
sabtu
…..
p/s:
-UMNO tiada pilihan lain, plan peralihan kepimpinan UMNO wajib patuhi – JIKA engkar / ubah plan bermakna menjemput padah kepada parti !

No comments: