Thursday, September 18, 2008

GELOJOH MEREKA SERUPA !

AGENDA SETIAKAWAN
DIJADIKAN GULA-GULA !!!

Agenda setiakawan, khairy kata
Gelojoh benar ke ketua pemuda
Jadi naib ketua bantuan mertua
Gelagat khairy, pemuda merana

Ke seluruh negara khairy lawati
Dilobinya pemimpin akar umbi
Bukan kukuhkan pemuda berdiri
Tetapi jalankan agenda peribadi

Taktik mentornya khairy meniru
Konon Tun Ghafar sanjung padu
Lawati seluruh Negara, tun kedu
Umumkan akar umbi yang mahu

Gelojoh anwar naik dulu ikhtibar
Khairy selaku mantee tidak sabar
Usah pedaya gaya dema becakar
Dititi sapa sahaja demi cita besar

Anwar dan khairy ada persamaan
Pelekehkan ingatan orang siuman
Jika bukan menantu, belum depan
Tanpa khairy, kemas pemantapan

“setiakawan” baru sekarang suara
Saat undi perwakilan tinggi harga
Para akar umbi patutlah waspada
Khairy gelojoh begini undang bala

serling
[19.09.08]
jumaat
….
p/s:
Agendadaily:17.09.08:rabu:
“Khairy sah tanding Ketua Pemuda dengan agenda setiakawan”


Setiakawan dan menjadikan Pemuda UMNO sebagai wadah generasi muda Malaysia adalah asas Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin menawarkan dirinya bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Menegaskan pandangan agar Pemuda melakukan perubahan tidak harus sekadar menjadi retorik politik, Khairy menawarkan dirinya bertanding jawatan nombor satu Pemuda bagi memastikan wujudnya kesinambungan dalam kepimpinan Pemuda UMNO Malaysia. “Setelah menjelajah ke seluruh Malaysia dan menemui pimpinan akar umbi, saya buat keputusan untu memohon Pemuda UMNO Bahagian memberi pencalonan kepada saya bagi bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia,” katanya - 17/9/2008

No comments: