Sunday, July 20, 2008

TANPA FOTO BOGEL, ANWAR TABUR FITNAH !

TANPA FOTO BOGEL,
ANWAR BUAT FITNAH !

Dalam mencari simpati rakyat
Apa saja terlintas dia akan buat
Dakwa dibogelkan masa siasat
Panaskan hati penyokong diniat

Di kuantan ceramah telah adakan
Kepada rakyat, nasib diri adukan
Konon bela rakyat, dia dimalukan
Begitu lakonan anwar pentaskan

Pelawa ke ceramah hamba terima
Gitu terdesak gaya penyokongnya
Hebatnya ‘kuasa rakyat’ diperaga
Syukur masih tetap waras hamba

Dakwa anwar dibogel tiada bukti
Tanpa gambar, anwar fitnah lagi
Gambar anwar bogel mesti dikaji
Takut bogel bilik air sengaja jajai

Bagai gaya orang bersalah gelagat
Difitnahkan doctor yang menyiasat
Sifat keji si anwar buat fitnah ligat
Dialah si putar alam yang terhebat

serling
[20.07.08]
ahad
……

p/s:
-Si anwar kena tunjukkan gambar dia dibogelkan sedang diperiksa doctor dengan jelas nampak anunya, untuk membuktikan DIA DIBOGELKAN !
-
UM:TERKINI: “Anwar tetap dakwa dia ditelanjang”
20/07/2008 12:27pm

KUANTAN 20 Julai — Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang dalam siasatan polis atas tuduhan meliwat, tetap mempertahankan bahawa beliau telah ditelanjang dan diaibkan ketika menjalani pemeriksaan perubatan pada Rabu lepas.

“Hospital (Kuala Lumpur) kata saya tak ditelanjang, (tapi) dia suruh buka baju, buka seluar, kemudian suruh buka seluar dalam, itu bukan namanya telanjang atau ada nama lain, bogel bukan telanjang,” katanya ketika menyampaikan ceramah politik di kampung Razali, dekat sini, malam tadi.

Anwar berkata beliau hairan bagaimana pihak Hospital Kuala Lumpur (HKL) mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak pernah ditelanjangkan ketika menjalani pemeriksaaan perubatan itu.

“Ini kita nak percaya macam mana, saya tak buat salah tapi saya ditelanjangkan, sebab saya menjadi jurucakap rakyat, dan inilah hukumannya, diaibkan, difitnah, ditelanjangkan,” kata Anwar.

Semalam, Pengarah HKL Datuk Dr Zaininah Mohd Zain berkata sebelum pemeriksaan itu, dua pakar menerangkan secara terperinci mengenai prosedur pemeriksaan itu kepada Anwar dengan kehadiran peguam beliau.

“Beliau kemudian diperiksa oleh dua orang pakar itu mengikut prosedur klinikal tertentu semasa keseluruhan pemeriksaan berkenaan dijalankan. Tidak pernah sama sekali kesopanan dan ketertiban beliau dinafikan sepanjang tempoh pemeriksaan itu,” kata Dr Zaininah dalam kenyataan semalam.

Anwar, 61, dibawa ke HKL pada malam Khamis, hari beliau ditangkap untuk menjalani ujian DNA berhubung aduan liwat oleh bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23.
Beliau kemudian dibawa balik ke Ibu pejabat Polis Kuala Lumpur pada pukul 10.34 malam selepas menjalani pemeriksaan perubatan.

Berucap di hadapan lebih 5,000 orang itu, Anwar berkata beliau enggan untuk membenarkan sampel darahnya diambil pihak HKL kerana beliau tidak percaya dalam sistem itu kerana bukti DNA yang diambil polis dalam kes liwatnya 10 tahun lepas didakwa telah dimanipulasi pihak polis.

“DNA tidak berubah, darah saya (telah) diambil (dulu), mereka usung tilam (kes 1998), ambil darah saya percik atas tilam, jadi janganlah ulang tayang cerita ini,” dakwa Anwar.
— BERNAMA

No comments: