Wednesday, July 9, 2008

ANWAR SALAH LANGKAH ?

ANWAR TERSILAP !

Anwar tidak mahu sumpah
Tapi ke mahkamah syariah
Gesaan ulama beliau terarah
Tonjol dirinya tidak kerenah

Alasan berikan teramat lucu
Tiada empat saksi lihat laku
Tapi bersumpah tidak mahu
Kaedah lepas diri dari malu

Analogi setubuh suami-isteri
Aksi berlaku tidak perlu saksi
Cukup masa lahir putra-putri
Salah cara anwar untuk kaburi

Serling
[10.07.08]
khamis
….

BERNAMA:09 Julai, 2008 19:42 PM:


“Anwar Minta Kes Liwat Disiasat Di Bawah Peruntukan Undang-undang Syariah”

KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang enggan menyahut cabaran bekas pembantu khasnya supaya melakukan sumpah mubahalah berhubung tuduhan liwat terhadapnya, hari ini mengadu kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bahawa beliau telah difitnah oleh bekas pekerjanya itu.

Katanya beliau membuat aduan berhubung perkara tersebut kepada Unit Siasatan Bahagian Penguatkuasaan JAWI supaya menyiasat tuduhan tersebut mengikut Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997.

Beliau berkata tindakan itu diambil atas nasihat beberapa orang ulama yang juga menasihatkan beliau supaya tidak melakukan sumpah mubahalah.Anwar yang ditemani isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail dan peguamnya Kamar Ainiah Kamaruzaman, membuat aduan itu di pejabat JAWI kira-kira pukul 10.15 pagi dan selesai membuat aduan sejam kemudian."Saya membuat aduan bagi meminta kes ini dibawa ke Bahagian Penguatkuasaan Mahkamah Syariah untuk membersihkan nama saya dan keluarga daripada fitnah jahat dan mengaibkan.

Ini telah dinasihatkan oleh ulama untuk membawa kes ini mengikut undang-undang dan peruntukan Qazaf," katanya kepada pemberita selepas membuat aduan tersebut.Peguamnya Kamar Ainiah berkata anak guamnya meminta Bahagian Penguatkuasaan membuat siasatan segera supaya suatu keputusan segera dapat dibuat untuk membawa kes tersebut ke Mahkamah Syariah.Bekas pembantu khas Anwar, Saiful Bukhari Azlan, 23, telah membuat laporan di Balai Polis Jalan Travers di sini pada 28 Jun lepas bahawa beliau diliwat oleh majikannya dan dilaporkan sanggup melakukan sumpah mubahalah berhubung tuduhan tersebut.

Saiful, yang kini diletakkan di bawah perlindungan polis, dilaporkan sanggup melakukan sumpah tersebut yang menghendaki orang yang bersumpah menyebut akan dilaknati Allah jika berbohong.Anwar, ketika ditanya mengapa beliau merujuk kes ini mengikut undang-undang syariah, berkata: "Saluran mahkamah (sivil) saya tidak larang siasatan.

Ini bukan nak menghalang apa-apa, ini hanya untuk bersihkan nama saya."Sementara itu, Kamar Ainiah menerangkan anak guamnya mahu kes itu dikendalikan mengikut Seksyen 41, Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997.Seksyen itu, katanya, merujuk kepada kesalahan Qazaf iaitu membuat tuduhan atau kenyataan palsu terhadap seseorang dan ia adalah satu kesalahan yang jika disabit boleh dihukum penjara tiga tahun, denda RM5,000 atau kedua-duanya sekali.

Menurutnya, anak guamnya mahu kes terbabit dirujuk kepada Mahkamah Syariah kerana tiada peruntukan yang sama di bawah undang-undang sivil.-- BERNAMA

No comments: