Saturday, October 2, 2010

SYABAS SEMUA !

100 TAHUN PENGAKAP PAHANG !

Catatkan perasaan gembira
1716 orang jumlah peserta
Kem TANGO Pekan ceria
Hari 26-30.09.10 tidak lupa

Jika petugas dijumlah juga
Cecah dua ribu orang caya
Pengakap Pahang berjaya
Jambori seratus tahun ada

MB Pahang ruangkan masa
Sempurnakan rasmi dibuka
Pemimpin dan rakyat mesra
Bersama pengakap berharga

Dalam tempoh jambori ada
Sebelas kontigen ikut serta
Semua daerah ikut bersama
Termasuklah anakanda juga

Gembira anakanda bercerita
Kem TANGO amat berjasa
Berbagai bangsa ikut serta
Dengan majoriti kaum kita

Susun jadual oleh urusetia
Berbagai aktiviti ada sedia
Lengkap anakanda lencana
Seumur hayat pasti tak lupa

Dua puluh ringgit syaratnya
Yuran termurah tak sangka
Kos makan sendiri belanja
Bijak penganjur berusaha

Dalam ucapan MB berkata
Melihat ramainya peserta
Bantu jambori sepatutnya
Pengakap pahang bangga

Dalam ucap rasmi berkata
Semua peserta jangan leka
Pelajaran kunci hidup kita
Tahap cemerlang kena hala

Pesan MB kepada peserta
Perangai buruk usah jaja
Buruk si rempit contohnya
Aktiviti pengakap MB caya

Menurut jadual asal dijaja
Sultan Pahang hadir sama
Saat akhir dibatal terpaksa
Moga kenyataan lain masa

Ketua pesuruhjaya Negara
Hadir diri sepanjang masa
Bermula hingga tamatnya
Tutup rasmi dia sempurna

Aturcara khas temu peserta
Dengan peserta bersua muka
Selaku orang tua pesan kata
Hal-hal positif wajib laksana

Nama kapten ali tidak lupa
Pada pengakap pahang jasa
Moga semangatnya terbara
Pada hati pengakap sentiasa

Terima kasih tidak terhingga
Jambori seratus tahun jaya
Suntikan kepada anakanda
Juga peserta yang ikut serta

Kepada yang terlibat semua
Sejak mula hingga ternyata
Jasa kalian tidak terhingga
Hanya Allah akan balasnya

serling
[02.10.10]
ahad
……
p/s;
-Menghargai kejayaan “Jambori 100 Tahun Pengakap Pahang (1909-2009)”

No comments: