Saturday, October 30, 2010

DUIT BALIK ?

BUKAN RASUAH ?

1,557 undi amat makna
Janji duit balik Pas jaja
RM200 seorang purata
Demi menang boleh saja

Kalau UMNO@BN kata
Pas jadikan peluru pula
Tuduhan rasuah jangka
Sendiri buat boleh saja

Kemungkinan boleh teka
Walau umum baru suara
Langkah begitu telah ada
Pancingan duit kena guna

Penyokong Pas amat setia
Lulus tapisan duit merasa
Selepas mengundi terima
Cara halus Pas memaksa

Pengumuman awal suara
Imbuhan duit kongsisama
Bas sewa khas urus segera
RM200X40 orang menguja

Tandatangan halal agenda
Para pengundi putih mata
Duit tambang janji dikata
Sikit duit kocek pasti ada

Duit RM200 umpan sahaja
Ingatkan tiap orang punya
Upah orang tengah terjaga
Para pengundi teralat saja

Berbagai alasan boleh reka
Konon factor logistic paksa
Kelompok berbas kena cara
Keset kempen pastinya ada

Pengundi begini diaturcara
Pihak BN akan suruh jumpa
Alasan BN ada duit serupa
Sewajar pihak BN waspada

Tidak malu Pas sendiwara
Konon pengundi hantu ada
Melalui bas, BN telah bawa
Banyak PRK ada peristiwa

Bukannya dendam terbara
Sekadar ajar Pas guris rasa
Sahkan pengundi,bas bawa
Yang lain eloklah polis jaga

Menjelang PRK bakal tiba
Di Galas dan Batu Sapi jua
4 November janganlah lupa
Hanya BN undi betul hala

serling
[30.10.2010]
sabtu
……
p/s:
UMOnline: 30/10/2010 5:10pm:sabtu:
“Pas bagi duit balik mengundi di Galas”

No comments: